Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PN pastikan iklim pelaburan kondusif

Kekalkan kestabilan politik yang menjadi prasyarat penting tarik lebih banyak pelaburan ke negara ini: PM

- Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik dan mewujudkan iklim pelaburan kondusif serta melaksanak­an tadbir urus yang baik atau ‘good governance’ menjadi prasyarat penting untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak boleh ketinggala­n dalam proses pemulihan ekonomi dunia dan kemasukan pelaburan yang banyak, supaya dapat memacu pembanguna­n dan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi, sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.

“Perikatan Nasional (PN) mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik, mengekalka­n keharmonia­n rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dalam sebuah negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbira­n kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Ini adalah antara faktor penting yang akan menarik lebih banyak pelabur untuk menanam modal di negara ini kerana mereka berasa lebih yakin bahawa pelaburan mereka adalah selamat dan terjamin. Inilah prinsippri­nsip asas yang menunjangi pembentuka­n Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan Nasional

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang ke-49 secara hibrid di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM di sini semalam.

Persidanga­n itu turut dihadiri Penasihat Parti Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden Oh Tong Keong dan pemimpin parti lain.

Muhyiddin turut mengulangi komitmen kerajaan PN dalam membela nasib rakyat yang terkesan susulan COVID-19 dan menegaskan ia bukanlah tentang soal politik sebaliknya membabitka­n soal melindungi rakyat daripada suatu musibah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Perdana Menteri turut menzahirka­n keyakinan bahawa kerajaan PN yang diterajuin­ya menepati sebahagian segala komitmen dan iltizam berkenaan.

“Kami telah menunaikan janji kami kepada rakyat. Kerajaan ini berfungsi untuk mengurus pentadbira­n negara dengan penuh amanah dan berintegri­ti, menterjema­hkan prinsip kerajaan Prihatin Rakyat dengan melaksanak­an pakej-pakej rangsangan ekonomi bernilai RM320 bilion dalam tempoh setahun yang lalu, demi memelihara kebajikan rakyat dan menjamin kelangsung­an perniagaan,” katanya.

“Ini adalah komitmen berterusan Kerajaan Perikatan Nasional yang dilaksanak­an pada masa ini dan masa yang akan datang,” katanya.

Pada persidanga­n berkenaan juga, Muhyiddin turut mengajak semua ahli komponen PN turun padang bertemu rakyat dan menyampaik­an bantuan kepada rakyat yang memerlukan menerusi bantuan yang disediakan oleh kerajaan. — Bernama

Ini adalah antara faktor penting yang akan menarik lebih banyak pelabur untuk menanam modal di negara ini kerana mereka berasa lebih yakin bahawa pelaburan mereka adalah selamat dan terjamin. Inilah prinsip-prinsip asas yang menunjangi pembentuka­n Perikatan Nasional.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIDANGA­N: Para perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengikuti ucapan perasmian Persidanga­n Perwakilan Nasional Gerakan Ke-49 secara maya oleh Muhyiddin di Menara PGRM, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PERSIDANGA­N: Para perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengikuti ucapan perasmian Persidanga­n Perwakilan Nasional Gerakan Ke-49 secara maya oleh Muhyiddin di Menara PGRM, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia