Utusan Borneo (Sabah)

Ordinan Darurat bukan untuk sekat kebebasan media, kritik k’jaan: Saifuddin

Ia dilaksanak­an untuk memerangi berita palsu berkaitan COVID-19 dan perintah darurat

-

KUANTAN: Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang berkuat kuasa kelmarin, bukan untuk menyekat kebebasan media dan menghalang mana-mana pihak mengkritik kerajaan, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya beliau berkata, ia dilaksanak­an untuk memerangi berita palsu berkaitan COVID-19 dan perintah darurat yang dikuatkuas­akan kerajaan, ketika ini.

“Ada banyak kritikan terhadap ordinan ini dan saya ingin beri penjelasan, yang tuduh kerajaan sekat kebebasan akhbar, sebenarnya tidak sama sekali kerana ordinan ini merujuk kepada berita palsu dalam dua isu sahaja iaitu COVID-19 dan darurat.

“Kami akan bezakan antara kritikan kepada kerajaan dengan berita palsu, yang kita nak ambil tindakan ini berita palsu. Jadi saya harap semua orang termasuk ahli politik hargai apa yang kami lakukan, seandainya nak kritik menteri sebagainya, itu hak mereka dan pandai-pandai kami menjawab,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran

Program E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota dan Penyerahan Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Sekolah di Dewan Atabara, di sini.

Ordinan itu memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, manakala bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan, selepas sabitan.

Ordinan turut memberi definisi ‘berita tidak benar’ termasukla­h apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruha­n atau sebahagian­nya palsu yang berhubunga­n dengan COVID-19 atau proklamasi darurat, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain, yang boleh menggambar­kan perkataan atau idea.

Ia terpakai kepada semua individu tanpa mengira kewarganeg­araan dan walaupun kesalahan dibuat di luar Malaysia.

Mengulas mengenai program hari ini, beliau berkata menerusi projek rintis E-Tuisyen pelajar di kawasan parlimen itu, dapat mengikuti pembelajar­an secara dalam talian di pusat internet komuniti dengan penglibata­n 15 orang guru yang mengajar pelbagai subjek.

Projek dengan kerjasama MSD Innovation Sdn Bhd itu, dijangka bermula sepenuhnya pada April ini dan akan memanfaatk­an lebih ramai pelajar sekolah di kawasan parlimen itu.

Terdahulu, Saifuddin menyampaik­an 100 tablet kepada pelajar sumbangan daripada MYNIC Berhad dan Huawei. — Bernama

“Ada banyak kritikan terhadap ordinan ini dan saya ingin beri penjelasan, yang tuduh kerajaan sekat kebebasan akhbar, sebenarnya tidak sama sekali kerana ordinan ini merujuk kepada berita palsu dalam dua isu sahaja iaitu COVID-19 dan darurat. Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ?? CERIA: Saifuddin berinterak­si dengan pelajar-pelajar menggunaka­n aplikasi Zoom pada pelancaran e-Tuisyen peringkat Parlimen Indera Mahkota, di Kuantan semalam. — Gambar Bernama
CERIA: Saifuddin berinterak­si dengan pelajar-pelajar menggunaka­n aplikasi Zoom pada pelancaran e-Tuisyen peringkat Parlimen Indera Mahkota, di Kuantan semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia