Utusan Borneo (Sabah)

RM10 juta naik taraf Jalan Bunga Raya Kikiran

Fasa pertama dimulakan sejauh 2.2 kilometer memakan belanja kira-kira RM3 juta, kata Bung Moktar

-

KENINGAU: Jalan Bunga Raya Kikiran yang menjadi rungutan penduduk di kawasan itu sekian lama akan dinaik taraf dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, projek naik taraf jalan raya yang menelan kos lebih kurang RM10 juta itu akan dilaksanak­an tahun ini.

Bagaimanap­un katanya, bagi fasa pertama ia dimulakan dengan sejauh 2.2 kilometer yang memakan belanja kira-kira RM3 juta.

“Kini ia dalam proses tender dan apabila penilaian tender sudah selesai kerjakerja naik taraf akan bermula,” katanya kepada media selepas lawatan kerjanya di sini kelmarin.

Dalam siri lawatan ini, Bung telah melawat Jalan Bunga Raya Kikiran, Jalan Minansut, Loji Air Bingkor, Projek Pemasangan Paip ke Bandukan Lama Keningau dan Jalan Patikang Tengah.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kementeria­nnya juga telah meluluskan peruntukan pembinaan jajaran paip baharu Kampung Bandukan lama berjumlah RM9 juta bagi membekal 5 MLD (0.5) juta liter air sehari.

“Ini juga dalam proses tender dan ia akan dilaksanak­an sebaik sahaja proses tender selesai pada tahun ini,” jelasnya.

Selain itu katanya, ‘low level crossing’ di Mongitom, Minansut dan Sungai Liawan Kampung Dangulat akan dinaik taraf menjadi jambatan konkrit serta jalan Kampung Minansut sejauh 1.5 kilometer juga dalam perhatian untuk dinaik taraf.

Ini kerana katanya, low level crossing tidak lagi sesuai pada masa ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah itu juga memaklumka­n bahawa Kerajaan Negeri melalui Kementeria­n Kerja Raya telah meluluskan peruntukan pembelian empat buah mesin pengepam air bagi meningkatk­an loji air sedia ada di daerah ini.

“Cuma kita kena tunggu dalam tempoh tujuh hingga sembilan bulan kerana ia melalui proses dan lagi pun mesin berkenaan kita beli dari luar negara,” katanya.

Menurutnya, kerajaan membeli empat buah mesin pengepam air kerana dua buah akan dipasang untuk tambahan mesin sedia ada dan dua lagi sebagai stok apabila berlaku kerosakan pada mesin sedia ada.

Pada masa sama Bung berkata, jalan raya Patikang Tengah sejauh lebih kurang 9 kilometer yang dilaporkan sering dilanda banjir juga akan dinaik taraf.

Namun demikian katanya, ia masih dalam kajian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan-jabatan yang berkaitan.

“Kita perlu laporan terperinci barulah kita dapat membuat anggaran kosnya,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an penduduk di daerah ini agar menjaga sungai-sungai yang menjadi sumber air penduduk.

“Jangan terokai kawasan yang berhampira­n sungai dengan sesuka hati kerana penerokaan yang tidak terkawal boleh menyebabka­n air sungai berkuranga­n bagi jangka panjang selain pencemaran berlaku,” tegasnya.

Terdahulu Bung diberi taklimat oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya Keningau dan Jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (Keningau) di Pejabat JKR Keningau.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, ADUN Liawan Datuk Annuar Datuk Ayub, ADUN Tulid Flovia Ng, Pengarah JKR Sabah Ir Ali Ahmad Hamid, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Edward Lingkapo, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 ??  ??
 ??  ?? LOJI AIR: Bung Moktar (tiga kanan) diiringi pembantuny­a Datuk Robert Tawik semasa melawat Loji Air Bingkor.
LOJI AIR: Bung Moktar (tiga kanan) diiringi pembantuny­a Datuk Robert Tawik semasa melawat Loji Air Bingkor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia