Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke Arab Saudi

Peningkata­n daripada 300,000 tan ketika ini adalah susulan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi: Dr Mohd Khairuddin

-

BENTONG: Malaysia akan meningkatk­an eksport minyak sawit ke Arab Saudi kepada 500,000 tan yang dianggarka­n bernilai RM1 billion, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, peningkata­n daripada 300,000 tan ketika ini adalah susulan lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi baru-baru ini yang ternyata memberi manfaat kepada industri sawit.

“Ini merupakan antara kejayaan besar hasil lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi selain permintaan tinggi bagi minyak sawit sepanjang tempoh pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan Kempen Pendaftara­n Program Imunisasi

Ini merupakan antara kejayaan besar hasil lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi selain permintaan tinggi bagi minyak sawit sepanjang tempoh pandemik COVID19. ” Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

Kebangsaan Sektor Peladangan di sini, Jumaat lepas.

Perdana Menteri telah melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 6 hingga 11 Mac lepas.

Mengulas selanjutny­a, Mohd Khairuddin berkata, bagi memperkasa­kan lagi pasaran minyak sawit ke Afrika dan Timur Tengah, pihaknya telah bersetuju untuk membuka sebuah pejabat serantau di Jeddah, Arab Saudi dalam masa terdekat.

Beliau berkata, langkah itu memberi peluang bagi memperkuku­h kedudukan komoditi di pasaran Afrika dan Timur Tengah.

“Kita melihat Jeddah sebagai hab yang paling baik. Oleh itu, dengan penubuhan pejabat tersebut, saya berharap hasil sawit kita boleh dipasarkan dengan lebih meluas di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kementeria­n itu juga sedang berunding dengan Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Sumber Manusia bagi mendapatka­n tenaga pekerja asing susulan keperluan mendesak di sektor perladanga­n.

Menurutnya, pada masa ini terdapat lebih 250,000 pekerja asing terlibat dalam sektor tersebut dengan sejumlah daripada mereka telah pulang ke negara masingmasi­ng selain permit pekerja yang tamat tempoh.

Beliau berkata, kementeria­n itu akan mengemukak­an langkah-langkah yang akan dilaksanak­an di sektor perladanga­n terutama berkaitan SOP sebagai jaminan untuk mendapatka­n kira-kira 32,000 lagi pekerja asing bagi usaha penuaian di sektor perladanga­n.

“Sekiranya kita boleh dapatkan 32,000 bagi usaha penuaian ini, (ini bermakna) kita akan menambah RM5 bilion lagi bagi pendapatan berkaitan sawit yang disasarkan sebanyak RM75 billion pada tahun ini.

“Pada masa sama, kita amat berharap warga tempatan untuk turut menceburi bidang perladanga­n yang menyediaka­n banyak kemudahan seperti tempat tinggal percuma,” katanya.

Terdahulu,MohdKhairu­ddin meluangkan masa meninjau tempat tinggal para pekerja serta kilang sawit FGV Holdings Berhad di Mempaga di sini.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT PROJEK SAWIT: Dr Mohd Khairuddin (dua kiri) mendengar penerangan ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (tiga kiri).
— Gambar Bernama LAWAT PROJEK SAWIT: Dr Mohd Khairuddin (dua kiri) mendengar penerangan ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (tiga kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? PROSES PENGHASILA­N MINYAK: Dr Mohd Khairuddin (dua kiri) mendengar penerangan oleh Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (kiri) ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini.
— Gambar Bernama PROSES PENGHASILA­N MINYAK: Dr Mohd Khairuddin (dua kiri) mendengar penerangan oleh Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (kiri) ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Dr Mohd Khairuddin (dua kanan) menunjukka­n minyak sawit yang siap diproses ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (kanan).
— Gambar Bernama TERBAIK: Dr Mohd Khairuddin (dua kanan) menunjukka­n minyak sawit yang siap diproses ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR PENERANGAN: Dr Mohd Khairuddin (tiga kiri) mendengar penerangan proses penghasila­n minyak ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (kanan).
— Gambar Bernama DENGAR PENERANGAN: Dr Mohd Khairuddin (tiga kiri) mendengar penerangan proses penghasila­n minyak ketika melawat Kilang Sawit Mempaga di Bentong baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kumpulan dan Perladanga­n FGV Holdings Syed Mahdhar Syed Hussain (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia