Utusan Borneo (Sabah)

Industri sawit M’sia masih berhadapan pelbagai kekangan

Antara cabaran itu ialah meningkatk­an hasil dengan keluasan tanah yang sama dan kebergantu­ngan kepada buruh asing

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Industri sawit masih berhadapan dengan pelbagai cabaran genting walaupun ianya sudah berusia lebih seabad di Malaysia selain menjadi komoditi terpenting kepada negara ini.

Penyandang Kursi Pengurusan Kelestaria­n Kelapa Sawit FGV Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Ts. Dr. Chong Khim Phin berkata, antara cabaran itu adalah meningkatk­an hasil dengan keluasan tanah yang sama.

“Pada tahun 2019, Kerajaan Malaysia pernah mencadangk­an keluasan tanaman kelapa sawit di negara kita akan dihadkan kepada maksimum 6.5 juta hektar menjelang tahun 2023.

“Ini bermaksud usaha perlulah dipergiatk­an lagi melalui penggunaan teknologi canggih (terutamany­a bioteknolo­gi) untuk menghasilk­an hibrid kelapa sawit yang dapat menghasilk­an minyak yang lebih dengan menggunaka­n keluasan tanah yang sama atau terhad.

“Pengurusan penyakit dan perosak secara bersepadu juga amat penting bagi mengelakka­n kemusnahan hasil yang teruk terutamany­a disebabkan oleh penyakitpe­nyakit utama seperti penyakit reput pangkal batang (penyakit jangkitan Ganoderma),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, industri berkenaan di Malaysia juga berhadapan dengan masalah kebergantu­ngan kepada buruh asing yang telah menjadi salah satu cabaran sekian lama membelengg­u industri ini.

Menurut data dari pihak industri katanya, sekitar 70 peratus dari tenaga kerja di sektor perladanga­n sawit Malaysia adalah terdiri dari buruh asing.

“Pengurusan ladang yang lebih berkesan melalui penggunaan sistem mekanisasi dan automasi terutamany­a untuk kerja-kerja penuaian buah, pembajaan serta beberapa aktiviti lasak yang lain mungkin perlu dipergiatk­an lagi bagi mengatasi permasalah­an ini.

“Walaupun terdapat pelbagai dugaan yang lain seperti masa penuaian buah sawit mentah yang berbeza, keadaan muka bumi yang mencabar dan lain-lain tetapi cabaran-cabaran ini tidak seharusnya membantutk­an usaha pihak-pihak yang bertanggun­gjawab dalam ‘memekanisa­sikan’ industri ini,” katanya.

Beliau berkata, kekurangan bakat baharu dalam bidang itu juga menjadi satu isu yang sering dibincangk­an.

Katanya, sektor perladanga­n sama ada yang melibatkan kelapa sawit mahupun tanaman yang lain selalu mendapat persepsi 3D Dangerous (bahaya), Dirty (kotor) dan Difficult (susah) di mata masyarakat.

Menurutnya, persepsi ini menyebabka­n kurangnya anak muda yang tertarik untuk menceburi bidang itu mahupun melanjutka­n pelajaran berkaitan dengan pertanian dan perladanga­n walaupun bidang berkenaan amatlah menguntung­kan serta berpotensi serta berdaya maju pada masa depan.

“Keadaan ini sekiranya berterusan akan merugikan industri ini memandangk­an kurangnya bakat pelapis yang dapat menggantik­an kumpulan pengurusan yang mungkin akan bersara dalam masa terdekat.

“Usaha yang lebih proaktif oleh pelbagai pihak adalah perlu bagi meningkatk­an kesedaran mengenai peluang-peluang ditawarkan oleh sektor perladanga­n.

“Kemudahan, insentif serta gaji permulaan yang lebih menarik mungkin diperlukan untuk mengimbang­i persepsi 3D berkenaan.

“Imbangan ini mungkin mendorong lebih ramai golongan muda untuk memilih pengajian mahupun kerjaya berkaitan dengan bidang ini selain bidang-bidang popular lain seperti perubatan, pergigian, kejurutera­an dan lain-lain,” katanya.

Selain itu katanya, salah satu cabaran yang sering menghantui industri perladanga­n sawit adalah dakwaan demi dakwaan perkaitana­n antara industri itu dengan pembukaan hutan serta pemusnahan biodiversi­ti.

Menurut data yang disediakan oleh Bank Dunia pada tahun 2015 katanya, sebanyak 70 spesies daripada 336 mamalia berada dalam bahaya pada tahun 2014.

“Klasifikas­i ini meletakkan negara kita di tangga ketujuh di dunia, manakala Asia Tenggara di tempat kedua selepas Indonesia (Indonesia berada di tempat pertama dalam dunia dengan rekod 184 spesies berisiko).

“Antara hidupan liar yang sering menjadi tumpuan dan dikaitkan dengan industri ini termasukla­h gajah, orang utan, harimau, badak dan beberapa yang lain.

“Keadaan ini juga sering kali digunakan oleh mediamedia barat, badan-badan bukan kerajaan berkaitan alam sekitar untuk melancarka­n pelbagai serangan terhadap industri ini.

“Serangan dan reaksi yang paling agresif berpaksika­n dakwaan penebangan hutan serta pemusnahan biodiversi­ti ini menyaksika­n larangan penggunaan minyak sawit dalam penghasila­n biodiesel Kesatuan Eropah pada tahun 2020,” tegasnya.

Bagaimanap­un katanya, dakwaan sedemikian adalah amat serius dan tidak adil untuk negara-negara pengeluar minyak sawit dunia.

Menurutnya, ia merupakan satu strategi politik mahupun ekonomi untuk membantu tanaman rapeseed yang bersaing dengan minyak sawit. Bumi dianggarka­n mempunyai keluasan sekitar 51 bilion hektar, lebih dari 36 bilion hektar (71 peratus) adalah merupakan lautan manakala kawasan daratan hanyalah sekitar 15 bilion hektar (29 peratus) sahaja. Aktiviti pertanian di seluruh dunia menggunaka­n hampir 5 bilion hektar (9-10 peratus) daripada keluasan itu.

“Daripada 5 bilion tanah pertanian itu, tanaman kelapa sawit di seluruh dunia hanyalah menggunaka­n sekitar 21 juta hektar tanah sahaja yakni kurang dari 0.5 peratus daripada keluasan tanah pertanian.

“Namun begitu, dengan keluasan tersebut tanaman sawit mampu menghasilk­an lebih daripada 30 peratus keperluan minyak dan lemak dunia.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak terutamany­a kerajaan dan industri untuk terus melestarik­an lagi industri ini antaranya termasukla­h melalui skim pensijilla­n seperti Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan beberapa yang lain,” katanya.

Katanya, industri minyak sawit juga sering dibebani dengan beberapa jenis pencemaran antaranya pencemaran udara (jerebu) disebabkan oleh pembakaran hutan yang tidak terkawal dan sering berlaku di negara jiran.

Manakala katanya, pencemaran air pula boleh diakibatka­n oleh efluen dari kilang pemprosesa­n minyak sawit sekiranya tidak dikendalik­an dengan baik.

“Walaupun terdapat pelbagai jenis undang-undang dalam mengawal pencemaran-pencemaran berkenaan namun ia masih kerap berlaku kian hari.

“Siasatan yang lebih telus serta tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa amatlah diperlukan untuk membawa pihak yang bersalah ini ke muka pengadilan agar nama industri ini dapat dibersihka­n di mata dunia,” katanya.

Dr. Chong berkata, tiada tanaman pengeluara­n minyak lain di dunia ini setanding dengan keupayaan kelapa sawit yang amat efisien dalam menghasilk­an jumlah minyak banyak, bermutu serta dengan kos berpatutan untuk kegunaan masyarakat dunia.

Jelasnya, usaha bermotifka­n politik dan ekonomi beberapa negara Barat mungkin akan mendorong lebih banyak pemusnahan hutan, penggunaan racun serta baja berleluasa selain kepupusan biodiversi­ti yang lebih teruk untuk menghasilk­an jumlah minyak yang sama sekiranya ingin menggantik­an kelapa sawit dengan tanaman pengeluara­n minyak yang lain.

“Untuk memastikan industri sawit ini terus lestari, beberapa perkara mungkin perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan industri ini sendiri.

“Ia termasukla­h pemerkasaa­n polisi-polisi berkaitan yang sedia ada, pengenalpa­stian teknologi yang efektif untuk diserapkan ke dalam industri.

“Pemupukan bakat baharu yang berupaya untuk terus memimpin industri ini ke hadapan melalui program pengajian yang berkualiti, kerjasama yang rapat antara universiti dan industri serta pembanguna­n kelestaria­n industri ini secara berterusan,” katanya.

Tambahnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, semua pihak juga seharusnya berasa bangga serta terus menyokong minyak sawit serta barangan berasaskan minyak sawit negara.

 ??  ?? CABARAN: Industri perlu meningkatk­an hasil dengan keluasan tanah yang sama.
CABARAN: Industri perlu meningkatk­an hasil dengan keluasan tanah yang sama.
 ??  ?? PENTING: Komoditi sawit adalah sumber pendapatan sangat penting kepada Malaysia.
PENTING: Komoditi sawit adalah sumber pendapatan sangat penting kepada Malaysia.
 ??  ?? DR CHONG
DR CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia