Utusan Borneo (Sabah)

BINA KOLAM TAKUNGAN AIR

Cadangan atasi masalah gangguan bekalan setiap daerah di negeri ini

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pembinaan kolam takungan air antara cadangan yang boleh dilaksanak­an bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, setiap daerah sekurangku­rangnya memerlukan tanah seluas 1,000 hektar untuk membina kolam takungan berkenaan.

Menurutnya, sekiranya ada kolam takungan air, bekalan air dapat bertahan lebih lama.

“Walaupun pada musim kemarau, air dalam kolam berkenaan boleh bertahan sekurang-kurangnya dua bulan dan keadaan itu lebih baik pada musim hujan.

“Namun kos yang diperlukan untuk membina sebuah kolam berkenaan sekurang-kurangnya RM500 juta.

“Jika ada satu kolam di Kota Kinabalu, bekalan air dari kolam itu boleh dikongsika­n dengan daerah berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasan perumahan University Apartment (UA) dekat sini semalam.

Lawatan berkenaan bagi meninjau situasi gangguan bekalan air yang sering dihadapi penduduk setempat di kawasan terbabit.

Bung berkata, projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa Dua di Tuaran yang lewat dari jadual sepatutnya antara punca yang menyebabka­n bekalan air di UA sering terganggu.

Menurutnya, projek terbabit baharu siap sekitar 30 peratus sedangkan jika mengikut jadual, ia perlu siap lebih 50 peratus sekarang.

“Kita sentiasa berhubung dengan pihak kontraktor dan mendesak mereka supaya projek ini segera disiapkan memandangk­an ramai penduduk terjejas akibat ketiadaan bekalan air.

“Boleh dikatakan ini adalah projek yang ‘sakit’ kerana sudah terlalu jauh lewat daripada jadual sepatutnya. “Mungkin kita kena cari syarikat penyelamat lain bagi memastikan masalah gangguan bekalan air di kawasan ini dapat diatasi,” jelasnya.

Pada masa sama, pihaknya juga meminta kepada pihak pengurusan perumahan berkenaan untuk mencari ikhtiar lain termasuk menyediaka­n tempat simpanan bekalan air yang lebih besar.

Beliau berkata, sekitar 5,000 penduduk di kawasan itu sering terjejas dengan masalah air dan bekalan air hanya ada sekitar satu ke dua jam sahaja.

Menurutnya, selagi masalah projek Loji Rawatan Air Telibong tidak ditangani secepatnya, bekalan air ke kawasan itu tidak akan dapat diselesaik­an 100 peratus.

Beliau turut meminta pihak yang bertanggun­gjawab termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan pengurusan air di daerah yang terlibat supaya berbincang bersama bagi mengatasi masalah itu.

“Semua tangki air berfungsi baik namun tidak mencukupi. Jika semua tangki terpakai, ia sekadar cukup untuk penggunaan sehari sahaja dengan kapasiti sebanyak 160,000 liter sehari,” katanya.

 ??  ?? LAWATAN: Bung (dua kanan) mendengar Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Edward Lingkapo (kanan) memberi penjelasan kepada penduduk semasa mengadakan lawatan ke UA bagi meninjau masalah gangguan bekalan air di kawasan berkenaan.
LAWATAN: Bung (dua kanan) mendengar Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Edward Lingkapo (kanan) memberi penjelasan kepada penduduk semasa mengadakan lawatan ke UA bagi meninjau masalah gangguan bekalan air di kawasan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia