Utusan Borneo (Sabah)

Operasi bas ekspres dibenarkan di seluruh Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Semua perkhidmat­an bas ekspres di negeri ini dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuas­akan bermula 14 Mac 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran itu membabitka­n jumlah 50 peratus kapasiti penumpang berdasarka­n tempat duduk sedia ada. Katanya, pemandu perlu menjalani saringan gejala dan memeriksa suhu sebelum memulakan tugas dan sekiranya bergejala tidak dibenarkan bertugas.

Menurutnya, pemandu dan penumpang wajib memakai pelitup muka sepanjang masa di dalam kenderaan dan mengurangk­an interaksi sepanjang berada dalam bas.

“Setiap penumpang yang merentasi zon perlu mendapatka­n kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

“Pemandu dan pengusaha bas berhak menghalang penumpang menaiki kenderaan sekiranya didapati bergejala.

“Pengusaha hanya boleh mengambil dan menurunkan penumpang di terminal bas sahaja dan tidak dibenarkan singgah di mana-mana perhentian termasukla­h restoran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang perlu menggunaka­n aplikasi MySejahter­a atau secara manual bagi mendaftar setiap kali menggunaka­n perkhidmat­an bas.

Menurutnya, penumpang digalakkan membuat pembelian tiket secara dalam talian dan penggunaan kad transaksi bukan tunai seperti konsep pas bulanan dan aplikasi Touch ‘n’ Go.

Selain itu katanya, pemandu dan penumpang digalakkan menggunaka­n cecair pensanitas­i tangan sebelum dan selepas mengambil atau menurunkan penumpang.

Masidi berkata, pembersiha­n bas dan fasiliti perlu dilaksanak­an selepas setiap perjalanan serta di terminal selepas tamat waktu operasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat 13 Mac lepas, seramai 1,494 orang menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,464 orang menerima vaksin di Sabah.

Menurutnya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada Sabtu sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,864 kes.

Katanya, tiada kes kematian dan kluster baharu direkodkan di Sabah.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia