Utusan Borneo (Sabah)

Pengutip tin kitar semula maut dalam kebakaran

- Oleh Amir Anuar

TUARAN: Seorang lelaki warga emas yang tinggal seorang diri di Kg Tombongon, Kiulu, ditemui maut dalam kebakaran yang memusnahka­n kediamanny­a, malam Sabtu.

Dalam kebakaran kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa yang juga orang kelainan upaya (OKU) disyaki terperangk­ap di dalam rumah dan tidak sempat menyelamat­kan dirinya.

Utusan Borneo difahamkan, mangsa, Chung Pau San @ Joseph Chung, 80, dikenali penduduk setempat sebagai pengutip tin kitar semula di Pekan Kiulu semasa hayatnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 11.29 malam.

“Kita menggerakk­an 10 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan utiliti Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS),” katanya, ketika dihubungi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azran Juli mendapati kediaman mangsa sudah pun musnah terbakar lebih 90 peratus.

Abdul Qawie berkata, lokasi kejadian terletak kira-kira 25KM serta perlu menempuhi perjalanan berbukit curam yang mencabar dan sukar untuk pergerakan jentera berat.

“Sebaik tiba di lokasi juga, usaha untuk memadam kebakaran segera dijalankan sebelum api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 malam,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukannya yang menjalanka­n pemeriksaa­n selepas itu menemui mayat mangsa di sekitar kawasan kediaman terbabit dalam keadaan rentung.

Menurutnya, mayat mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis sebelum operasi bomba di lokasi kebakaran berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.40 pagi.

Buat masa ini, punca dan jumlah kerugian kes kebakaran itu dalam siasatan Bahagian Penyiasata­n Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

 ??  ?? KEBAKARAN: Pasukan bomba segera menjalanka­n usaha memadam api yang merebak di kediaman mangsa sebaik tiba di lokasi kejadian.
KEBAKARAN: Pasukan bomba segera menjalanka­n usaha memadam api yang merebak di kediaman mangsa sebaik tiba di lokasi kejadian.
 ??  ?? SIASATAN: Bomba menyerahka­n mayat mangsa kepada polis untuk siasatan dan prosedur selanjutny­a.
SIASATAN: Bomba menyerahka­n mayat mangsa kepada polis untuk siasatan dan prosedur selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia