Utusan Borneo (Sabah)

Kesesakan lalu lintas ke UMS dapat diatasi: Bung

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kesesakan lalu lintas yang membelengg­u pengguna jalan di hadapan Kingfisher atau sepanjang laluan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu diselesaik­an dengan menaik taraf jalan raya sedia ada.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, usaha menaik taraf jalan raya itu hanya mengambil masa dalam tempoh seminggu sehingga 10 hari sahaja.

“Tinjauan yang diadakan di sini, saya nampak keadaan lalu lintas berjalan dengan baik sahaja, cuma kekangan yang ada jalan raya sedia ada ini perlu dinaik taraf.

“Projek jejambat di sini berjalan dengan baik walaupun berhadapan dengan sembilan peratus kelewatan. Kita terima aduan daripada pengguna mengenai kesesakan lalu lintas yang sudah lama di sini.

“Tetapi bersabarla­h, saya akan pastikan jalan raya ini dapat mengurangk­an kesesakan di masa hadapan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri memberikan jaminan jejambat itu akan disiapkan hujung tahun 2021.

Katanya, jejambat ini nanti adalah yang terbaik pernah dibina, bersifat moden dan tidak seperti di kawasan lain.

“Jejambat yang memakan kos RM359 juta ini akan menggabung­kan beberapa jalan raya utama seperti dari Kingfisher, Kota Kinabalu dan UMS.

“Jadual penyiapan ini termasukla­h jejambat di Indah Permai, ianya akan disiapkan pada hujung tahun ini.

“Cuma simpang yang memasuki Karambunai akan berhadapan dengan masalah disebabkan peruntukan daripada Pusat belum disalurkan. Kita akan mengejar perunbanda­r tukan itu agar disegeraka­n,” katanya.

Katanya, jejambat yang retak di kawasan Luyang juga sudah diperbaiki dan kini tidak berhadapan dengan sebarang masalah.

Dalam pada itu, Bung sekali lagi mengulangi pendirian Kerajaan Gabungan Rakyat

Sabah (GRS) akan terus memastikan projek empangan di Papar dapat dilaksanak­an.

Katanya, pengguna di raya ini berhadapan dengan masalah bekalan air dan hakikatnya loji berkenaan perlu dilaksanak­an.

“Baru-baru ini penduduk di Universiti Apartment Sepanggar berhadapan dengan masalah bekalan air. Sebenarnya semua penduduk di sekitarnya juga ada masalah air.

“Sudah bincang dengan pengarah Jabatan Air, loji air di Kota Kinabalu tidak dapat menampung penggunaan itu dan memerlukan sokongan daripada loji air di Tuaran.

“Kalau kita bekal air ke sini, kita akan tutup sehari atau semalaman untuk tujuan salur air ke KK dari Tuaran. Ia bolehlah tahan sehingga tiga hari,” katanya.

Bung menasihatk­an pengguna air perlu faham dengan jadual penutupan loji air yang sudah diberikan notis lebih awal.

Beliau turut menasihati pengguna agar berjimat dan menyimpan bekalan air dalam tempoh berkenaan.

 ??  ?? TINJAU: Bung (kiri) ketika menerima taklimat dalam lawatan ke projek jejambat di hadapan Kingfisher.
TINJAU: Bung (kiri) ketika menerima taklimat dalam lawatan ke projek jejambat di hadapan Kingfisher.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia