Utusan Borneo (Sabah)

Bekal vaksin percuma kepada rakyat langkah bijak

Pembekalan vaksin dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam negara, kata Ali

-

Strategi kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya kita mencapai 70 peratus penduduk negara menerima vaksin bagi membentuk imuniti kelompok.

KUCHING: Strategi kerajaan membekalka­n vaksin secara percuma kepada semua rakyat merupakan langkah bijak bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 dalam negara.

Ahli Parlimen Saratok Ali Biju berkata sejak bermulanya pandemik ini, kehidupan rakyat dan ekonomi terjejas teruk.

Malah kerajaan juga perlu menanggung kos perbelanja­an yang besar dalam sektor kesihatan bagi tujuan rawatan dan bantuan kepada rakyat.

“Strategi kerajaan adalah untuk memastikan sekurang kurangnya kita mencapai 70 peratus penduduk negara menerima vaksin bagi membentuk imuniti kelompok.

“Bagi tujuan itu Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah ditubuhkan, dipengerus­ikan bersama Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Jawatankua­sa ini adalah untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dan diberikan secara berperingk­at,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Terdahulu Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Program Vaksinasi Petugas Barisan Hadapan di Dewan Sri Krian, Saratok.

Ali dalam pada itu menyeru supaya semua penduduk mendaftar untuk program vaksinasi melalui kaedah yang disediakan melalui Mysejahter­a atau laman web www.vaksincovi­d.gov.my atau melalui talian hotline 1800-888-828.

Beliau juga meminta anakanak muda membantu warga tua mendaftar sekiranya mengalami kesukaran untuk melakukan demikian.

Pada masa yang sama beliau turut meminta agar penduduk lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat terutama dalam media sosial.

Ali turut mengingatk­an bahawa pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia adalah percuma dan sebarang penjualan secara dalam talian adalah tidak benar.

 ??  ?? VAKSINASI: Ali menerima suntikan dos pertama vaksin di Dewan Sri Krian, Saratok semalam.
VAKSINASI: Ali menerima suntikan dos pertama vaksin di Dewan Sri Krian, Saratok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia