Utusan Borneo (Sabah)

Lebih sejuta rakyat Sarawak berdaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19

-

KUCHING: Lebih sejuta rakyat Sarawak telah mendaftar diri di bawah Program Imunisasi COVID19 sejak dilancarka­n bulan lalu.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, sejumlah 1,033,643 orang di Sarawak telah mendaftar bagi menerima vaksin yang mana sekarang fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Daripada jumlah itu jelasnya, 615,208 rakyat Sarawak telah mendaftar di Pejabat Residen di seluruh negeri manakala 418,435 orang lagi menerusi aplikasi MySejahter­a.

“Seramai 1,033,643 rakyat Sarawak telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 setakat ini, terima kasih kepada anda semua,” katanya dalam hantaran di akaun rasmi Facebookny­a malam kelmarin.

Dr Sim yang juga penasihat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, pihaknya menyasarka­n untuk melihat sejuta orang lagi mendaftar bagi pelan vaksinasi itu di negeri ini.

Tegasnya, ini bagi memastikan negeri ini mencapai sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus atau dua juta rakyat Sarawak menerima vaksin.

“Setakat ini, vaksin menunjukka­n hanya sesuai untuk mereka berusia 18 tahun dan ke atas yang mana 99 peratus rakyat negeri ini berusia 18 tahun dan ke atas harus diberi vaksin bagi mencapai keimunan kelompok.

“Kita mahu vaksinasi ini dijalankan secepat mungkin dan seramai mungkin, bukan hanya untuk menurunkan kes harian kita tetapi juga mencegah mutasi COVID19 ke varian lain,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri harus meneruskan kerjasama rapat dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID19 (CITF) berhubung akses penghantar­an vaksin dan alternatif lain.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak terus kekal berdisipli­n dan melakukan tanggungja­wab masing-masing bagi bersama-sama memerangi penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

 ?? — Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi ?? CEGAH: Salah seorang pertugas barisan hadapan KKM menerima suntikan vaksin COVID-19 pada sesi Vaksinisas­i Awal Petugas Barisan Hadapan yang berlangsun­g di Satdium Perpaduan Kuching, Petra Jaya bulan lalu.
— Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi CEGAH: Salah seorang pertugas barisan hadapan KKM menerima suntikan vaksin COVID-19 pada sesi Vaksinisas­i Awal Petugas Barisan Hadapan yang berlangsun­g di Satdium Perpaduan Kuching, Petra Jaya bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia