Utusan Borneo (Sabah)

Henti seketika aktiviti air di Batang Oya Ia berikutan operasi buru buaya baham seorang nelayan di Kampung Kuala Oya 6 Mac

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Aktiviti di perairan sepanjang Batang Oya disaran dihentikan seketika berikutan operasi pemburuan buaya Bujang Oya.

Mendedahka­n perkara itu, Ketua Jaringan Nelayan Oya Kaunselor Arini Suhaili berkata, ia merupakan nasihat Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menghindar­i lokasi di mana reptilia itu sering dilihat sepanjang Batang Oya.

“Tambahan pula, umpan untuk menangkap buaya dipasang di sepanjang sungai,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, operasi pemburuan bermula sejak

Jumaat lalu.

Markas bagi anggota terlibat di Dewan Komuniti Kampung Bakong, Oya sepanjang operasi dijalankan.

Beliau berharap usaha itu sedikit sebanyak menimbulka­n suasana aman, selamat serta lestari lebih-lebih lagi dengan kerjasama semua golongan masyarakat.

Di samping itu, Arini turut berkata pihaknya berhasrat menubuhkan satu pasukan Sukarelawa­n Pemburu Buaya Batang Oya yang bakal diusul kepada pihak berwajib.

“Tujuannya adalah bagi kesejahter­aan semua pihak khususnya penduduk sepanjang Batang Oya supaya bebas daripada cengkaman ketakutan kepada reptilia air yang ganas itu,” jelasnya.

Pada masa sama, Arini turut menyeru sesiapa sahaja termasuk penduduk kampung atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurk­an sumbangan makanan atau minuman sepanjang operasi kepada anggota bertugas boleh berbuat demikian.

Sumbangan boleh dihantar terus ke markas operasi dinyatakan atau boleh menghubung­i terus Ketua Operasi Pegawai SFC Bawing Randhi di talian 017-8679775.

Operasi yang dijangka berjalan sehingga 21 Mac ini disertai SFC, PDRM dan

Tambahan pula, umpan untuk menangkap buaya dipasang di ” sepanjang sungai. Kaunselor Arini Suhaili Ketua Jaringan Nelayan Oya

komuniti nelayan Batang Oya.

Serangan terbaharu adalah terhadap seorang nelayan dikenali sebagai Alibaba Dahri, 52, ketika menjala udang sekitar jam 2 pagi di Kampung Kuala Oya pada 6 Mac lalu.

Mayat mangsa kemudianny­a ditemui sehari selepas tragedi, di tebing Kampung Senau sekitar lapan kilometer dari kawasan perahunya dijumpai.

 ?? ARINI ??
ARINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia