Utusan Borneo (Sabah)

Kertas kerja bantu sektor pelanconga­n perlu dibawa ke EAC

-

KOTA BHARU: Satu kertas kerja bagi membantu sektor pelanconga­n yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19 perlu disediakan dan dibentangk­an kepada Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ketika beberapa sektor seperti sektor perkhidmat­an, pembuatan, pertanian dan pembinaan sudah mula beroperasi serta menunjukka­n tanda-tanda pemulihan tetapi pengusaha pelanconga­n masih berdepan dengan tekanan akibat pandemik itu.

“Kita sudah banyak kali mendengar mengenai isu yang dihadapi sektor pelanconga­n yang dibawa oleh Menteri Pelanconga­n (Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri) termasuk semasa Mesyuarat Kabinet.

Sudah tiba masanya satu kertas kerja perlu disiapkan (pihak berkenaan) yang diketuai oleh Menteri Pelanconga­n untuk dibentangk­an kepada EAC supaya kita dapat dengar halhal terkini tentang sektor pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pengusaha Hotel dan Bas Negeri Kelantan, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelanconga­n Kelantan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Kelantan Mohd Aidil Afizi Daud.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat hampir dua jam itu, Mustapa berkata selaku urus setia EAC beliau mewakili Kerajaan Persekutua­n dalam pertemuan berkenaan bagi mendapatka­n maklum balas mengenai permasalah­an yang sedang dihadapi pengusaha pelanconga­n di Kelantan.

Beliau berkata pertemuan itu penting kerana kerajaan mahu mendengar maklum balas daripada pemain industri ketika negara sedang bersiap sedia untuk fasa pemulihan ekonomi yang dirancang termasuk melibatkan pengusaha di Kelantan.

“Hari ini kita mendengar mengenai isu serta masalah yang sedang dihadapi, ada yang sudah lama diketahui seperti permohonan moratorium khusus kepada sektor pelanconga­n, namun ada juga yang baharu seperti permintaan sektor tersebut dianggap sebagai barisan hadapan seterusnya diberi perhatian istimewa dalam program vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata semua cadangan yang diterima akan dibawa ke peringkat EAC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia