Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan dron: Bomba setiap negeri disaran berkolabor­atif dengan pelbagai pihak

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap negeri disaran berkolabor­atif dengan agensi kerajaan atau pihak swasta bagi mendapatka­n atau menyewa perkhidmat­an dron, dalam membantu operasi memadam kebakaran hutan dan tanah gambut yang berskala besar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata, inisiatif tersebut akan dapat membantu pihak bomba untuk mengenal pasti keluasan kawasan kebakaran dan menentukan tindakan yang perlu dilakukan.

“Pada masa ini penggunaan dron belum dikembangk­an ke peringkat negeri-negeri dan hanya di peringkat Ibu Pejabat JBPM yang mana ia di bawah kendalian Unit Udara.

“(Pada masa ini) Sekiranya berlaku kebakaran hutan atau kemalangan berskala besar, bomba negeri yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an dron perlu mengemukak­an permohonan kepada ibu pejabat dan anggota dari Unit Udara akan turun ke lokasi,” katanya dan menambah ini akan melambatka­n proses untuk penggunaan dron tersebut.

Sebaliknya beliau berkata penggunaan dron melalui kolaborasi atau sewaan itu, akan memudahkan dan mempercepa­tkan lagi operasi mengawal dan memadam kebakaran.

Sementara itu katanya berdasarka­n statistik, terdapat 1,662 kes kebakaran direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lepas melibatkan pelbagai jenis kebakaran termasuk kebakaran hutan dan tanah gambut.

“Manakala bagi tempoh Januari 2021 hingga hari ini sebanyak 307 kes kebakaran dicatatkan di Terengganu,” katanya.

Beliau turut memaklumka­n terdapat 20 lokasi berisiko tinggi di negeri ini, yang boleh menyebabka­n kebakaran besar berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia