Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: KKM mendapat lebih 10,000 perjawatan baharu menerusi dasar ‘trade-off’

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mendapat kelulusan bagi sejumlah 10,675 perjawatan baharu secara berfasa menerusi ‘trade-off’ (tukar ganti) jawatan KKM dan kementeria­n lain, bagi memenuhi keperluan membendung pandemik COVID-19 bagi tahun 2020 dan 2021.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berikutan pelaksanaa­n dasar kawalan saiz (rightsizin­g) dalam perkhidmat­an awam sejak 2015, perjawatan tetap tidak lagi dipertimba­ngkan melainkan dilaksanak­an secara tukar ganti.

“Namun, berdasarka­n permohonan pada 2019, KKM telah mendapat kelulusan bagi sejumlah perjawatan baharu secara berfasa menerusi ‘trade-off’ jawatan dari KKM dan kementeria­n-kementeria­n lain,” katanya ketika merasmikan forum secara maya Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SHCOMOS) 2021 di sini, hari ini. (eng: Section Concerning House Officers, Medical Officers and Specialist) Beliau berkata KKM kini mempunyai 252,911 petugas tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak meliputi pelbagai skim perkhidmat­an dengan sebahagian­nya dilantik bagi memenuhi syarat latihan siswazah dan khidmat wajib, manakala sebahagian lagi bagi memenuhi keperluan membendung COVID-19.

Katanya KKM membelanja­kan lebih RM17 bilion atau 63 peratus daripada perbelanja­an mengurus tahunan kementeria­n bagi pembayaran gaji kepada petugas kesihatan, lebih tinggi berbanding negara-negara lain di dunia.

Dr Adham berkata ia tidak termasuk bayaran elaun lain yang dituntut seperti bayaran lebih masa dan elaun kerana tugasan rasmi lain.

“Sebagai contoh, daripada 18 negara di Eropah yang diteliti, purata jumlah tanggungan gaji di negara itu adalah sekitar 42.3 peratus daripada bajet kesihatan yang diluluskan, manakala daripada 64 negara di dunia yang diteliti, purata tanggungan gaji adalah sekitar 42.2 peratus,” katanya.

Justeru, beliau memohon kefahaman semua pihak khususnya mengenai kekangan KKM dari segi perjawatan tambahan dan peruntukan kewangan kerana kementeria­n lain juga memerlukan sumber manusia serta peruntukan yang perlu dipertimba­ng kerajaan berdasarka­n kepada keupayaan semasa.

Bagaimanap­un, Dr Adham memaklumka­n KKM mengemukak­an permohonan tambahan perjawatan tetap dari semasa ke semasa mengambil kira keperluan perkhidmat­an di fasiliti baharu, naik taraf dan fasiliti sedia ada.

Beliau berkata kementeria­nnya juga bercadang memohon pelantikan secara kontrak untuk tempoh yang lebih lama, dan perkara itu dalam penelitian di peringkat akhir sebelum dibawa untuk pertimbang­an kerajaan.

Sementara itu, Dr Adham berkata kementeria­n kewangan telah bersetuju melanjutka­n tempoh kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang akan tamat kontrak pada pertengaha­n tahun ini di mana tawaran tersebut akan dibuat kepada pegawai oleh KKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia