Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai projek untuk rakyat dilaksanak­an di DUN Jepak

- TALIB

BINTULU:Pelbagaipr­ojekdilaks­anakan Kerajaan Sarawak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang diwakili Datuk Talib Zulpilip yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman).

Antara projek besar masih dalam pembinaan di kawasan DUN Jepak ialah Jambatan Kuala Kemena-Jepak yang menelan kos RM467 juta.

Apabila pembinaan jambatan itu siap pada April 2023, tempoh perjalanan dari bandar Bintulu lebih pendek sejauh 14.6km sama ada ke kawasan Jepak atau Jalan Pesisir JepakKuala Tatau.

Kontrak bernilai RM467 juta untuk pembinaan jambatan itu dianugerah­kan kepada PPES Works-CCCC JV.

Melalui Rangkaian Jalan Pesisir dari Mukah ke Bintulu, jambatan berkenaan dapat menghubung­kan ke kawasanper­tumbuhanKo­ridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE)sepertiTam­anPerindus­trian Samalaju, Taman Perindustr­ian Matadeng dan Bandar Pintar Mukah.

Ia memenuhi populasi setempat yang dianggarka­n berjumlah 150,000 orang dan jambatan itu menjadi pemangkin kepada pelaburan di Tanjung Kidurong dan Taman Perindustr­ian Samalaju serta menambah baik sosioekono­mi penduduk Bintulu.

Komponen projek itu merangkumi pembinaan jambatan empat lorong dua hala menyeberan­g Batang Kemena lengkap dengan jejambat ke persimpang­an lalu lintas Jalan Tun Ahmad Zaidi-Jalan Tun Razak-Jalan Abang Galau.

Kabel jambatan adalah 610 meter (jangkau utama 330m). Rentangan berhampira­n dan jejambatny­a adalah 602.2m. Pembinaan jalan berhampira­n lengkap dengan struktur perparitan, pemasangan lampu jalan dan kelengkapa­n jalan.

Panjang keseluruha­n jalan dianggarka­n 3.5km mengikut reka bentuk standard U5 dan penentuan akses menegak ke jambatan (angkatan teras dan tangga), dekoratif sistem lampu jambatan dan landskap.

Selain itu, pembanguna­n lain melibatkan projek rakyat ialah membaiki sekolah daif dan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) antaranya menaik taraf jalan Rumah Egoh Entala, Jalan Samarakan, bina baharu parit konkrit di Rumah Sam Sumbang dan pembinaan pembetung di Rumah Jungan Mitoh, Jalan Bintulu-Tatau.

Diikuti merata tapak dan parit konkrit di Rumah Lampoh Dana, Jalan Bintulu, Tatau, menaik taraf jalan di Taman Riadah Jepak dan gelanggang Petanque Jepak, naik taraf pagar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena, naik taraf Dewan Serba Guna Kampung Baru serta bina baharu parit di Rumah James Brooke Mibang Jalan Bintulu, Tatau.

Projek-projek lain ialah bina baharujeti­kayuKampun­gBaru Laut, bina baharu dewan serba guna di Sekolah Kebangsaan (SK)KualaSerup­ai,binabaharu jalan ke Rumah Lunsa Panto Sungai Annau Tatau, bina baharujeti­berbumbung­diRumah Robert Nyembong Kuala Annau Tatau, bina baharu jalan ke Rumah Jumput Senduk Batang Anap Tatau, bina baharu laluan pejalan kaki kayu dan jeti berbumbung di Rumah John Asan Sungai Annau Tatau.

Bina baharu tapak niaga (tamu) di Kampung Seberang Kuala Tatau, bina baharu dewan terbuka berbumbung di SK Kuala Tatau, bina baharu jalan menuju ke SK Kampung Baru, bina baharu laluan pejalan kaki di SK Sungai

Selad Bintulu serta naik taraf Bumbung di Dewan SK Kampung Jepak.

Semua pembanguna­n dilaksanak­an oleh kerajaan negeri itu wajar disyukuri rakyat di kawasan terbabit kerana ia memberi kesejahter­aan kepada mereka menjalani kehidupan harian.

 ??  ??
 ??  ?? PEMBINAAN: Jambatan Kuala Kemena-Jepak masih dalam pembinaan.
PEMBINAAN: Jambatan Kuala Kemena-Jepak masih dalam pembinaan.
 ??  ?? TINJAU: Talib dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak kerap meninjau keadaan projek-projek rakyat di kawasan DUN Jepak.
TINJAU: Talib dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jepak kerap meninjau keadaan projek-projek rakyat di kawasan DUN Jepak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia