Utusan Borneo (Sabah)

Ambil iktibar daripada kesan penularan COVID-19

Penggiat ekonomi perlu kekal berdaya tahan dalam situasi yang mencabar ini, kata Madeline

- Oleh Agnes Tugong MADELINE

KUCHING: Penggiat ekonomi perlu mengambil iktibar daripada kesan setahun COVID-19 menular dalam negara untuk kekal berdaya tahan dalam situasi yang mencabar ini.

Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Datuk Dr Madeline Berma berkata, pandemik ini telah meninggalk­an kesan terhadap ekonomi negara dari segi penguncupa­n ekonomi, kadar penganggur­an dan penutupan perniagaan.

“Kerajaan Malaysia telah melancarka­n lima pakej rangsangan fiskal bernilai RM305 bilion untuk menangani kesan pandemik COVID-19 ini.

“Ramai rakyat yang dapat meneruskan kelangsung­an hidup dengan bantuan kewangan, moratorium dan i-Sinar.

“Pake rangsangan yang diperkenal­kan ini juga berjaya membantu rakyat dan perniagaan meskipun kesannya terhadap pemulihan ekonomi negara agak perlahan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambah penganalis­is ekonomi ini, untuk kekal berdaya tahan dalam situasi pandemik yang mencabar ini penggiat ekonomi perlu memperkena­lkan model perniagaan baharu dengan memasukkan elemen kelestaria­n, berdaya tahan dan risiko.

Selain itu katanya, penggiat ekonomi termasuk peniaga kecil juga perlu melengkapk­an diri mereka dengan ilmu dan kemahiran ekonomi digital.

Ujar Madeline lagi, pada 2020, ekonomi negara menguncup sebanyak 5.6 peratus susulan kesan dan langkah

Kerajaan Malaysia telah melancarka­n lima pakej rangsangan fiskal bernilai RM305 bilion untuk menangani kesan pandemik ” COVID-19 ini. Datuk Dr Madeline Berma Profesor Kehormat UNIMAS

kawalan pandemik COVID19.

Pandemik ini katanya, memberi impak kepada tenaga buruh di mana pada Mei 2020, kadar penganggur­an negara berada pada tahap 5.3 peratus, kadar tertinggi sejak 1993.

Kajian oleh Jabatan Statistik Malaysia pada 2020 katanya, mendapati 67.8 peratus daripada perusahaan yang dikaji menyatakan mereka tiada jualan dan pendapatan semasa pelaksanaa­n Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

Manakala 53.2 peratus lagi menyatakan mereka hanya boleh bertahan selama satu hingga dua bulan sahaja, katanya.

Bank Dunia dalam pada itu meramalkan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar 6.7 peratus pada 2021 dengan defisit fiskal mencecah 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan hutang kerajaan persekutua­n mencecah 60.7 peratus daripada KDNK.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia