Utusan Borneo (Sabah)

Budaya norma baharu menjadi amalan dalam kehidupan harian masyarakat

-

KUCHING: Selepas setahun negara berdepan pandemik COVID-19, budaya norma baharu dilihat sudah menjadi amalan dalam kehidupan harian masyarakat termasuk para peniaga.

Pengurus Restoran Rumah Makan Hanis di sini, Muhammad Kamal Ken Abdullah berkata selepas setahun norma baharu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka termasuk pelanggan.

Mana-mana pelanggan yang datang ke restoran katanya, akan mengimbas suhu badan dan mengimbas kod MySejahter­a tanpa perlu disuruh berbuat demikian.

“Bagi saya budaya norma baharu ini sudah menjadi rutin harian semua peniaga, pekerja dan pelanggan.

“Tidak seperti ketika pelaksanaa­n awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada pelanggan yang ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) dan perlu diingatkan setiap masa.

“Tetapi selepas setahun pandemik ini, ia bukan lagi satu masalah kepada peniaga dan pelanggan sebaliknya sudah sebati dengan diri masing-masing,” katanya yang ditemui di premisnya.

Tambah Kamal, ditambah dengan nilai kompaun yang dinaikkan, masyarakat menjadi lebih takut dan patuh kepada SOP.

Bagi pekerjanya pula, mereka sudah biasa memakai pelitup muka ketika bekerja dan memastikan tahap kebersihan yang tinggi dalam premis.

Sementara itu Abdul Rahman Adam pula berkata, selepas setahun dia sudah dapat menyesuaik­an diri dengan norma baharu bagi meneruskan perniagaan­nya.

Rahman yang mengusahak­an kantin dan katering berkata pada awal PKP tahun lepas, agak sukar untuknya menyesuaik­an diri dengan norma baharu perniagaan.

Malah katanya, banyak prosedur dan peraturan yang perlu dipenuhi bagi meneruskan perniagaan­nya sepanjang pandemik COVID-19.

“Sebagai peniaga kecil, segala peraturan dan norma baharu yang ditetapkan perlu dipatuhi meskipun pada awalnya agak sukar untuk menyesuaik­annya.

“Tetapi lama-kelamaan budaya norma baharu ini sudah menjadi kebiasaan bagi semua kita lebih-lebih lagi peniaga kecil seperti kami,” katanya.

Rahman turut berkata, banyak bantuan disediakan kerajaan sepanjang setahun negara mendepani pandemik ini yang mana sedikit sebanyak membantu golongan peniaga meneruskan kelangsung­an perniagaan.

Justeru beliau berharap usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19 akan segera berjaya lebih-lebih lagi dengan pelaksanaa­n Program Imuninasi Kebangsaan ketika ini.

 ??  ?? NORMA BAHARU: Kamal (kiri) memastikan pelanggan mengimbas kod MySejahter­a sebelum memasuki premis.
NORMA BAHARU: Kamal (kiri) memastikan pelanggan mengimbas kod MySejahter­a sebelum memasuki premis.
 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia