Utusan Borneo (Sabah)

KGBS bantah cadangan mansuhkan cuti penggal persekolah­an

-

KUCHING: Masyarakat tidak harus melihat cuti penggal persekolah­an dalam situasi pandemik COVID-19 tidak penting.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie menegaskan cadangan memansuhka­n cuti penggal persekolah­an oleh Yang Dipertua Mimbar Permuafaka­tan Ibubapa Malaysia (MIMBAR) Datin Seri Ismalina Ismail menggambar­kan seolah-olah guru dan pelajar tidak terlibat dengan sebarang sesi pengajaran dan pembelajar­an sepanjang sesi persekolah­an bersemuka ditangguhk­an.

Tegasnya lagi, sepanjang penangguha­n sesi persekolah­an bersemuka, guru dan pelajar terpaksa mengerah tenaga bagi menjayakan Pengajaran san Pembelajar­an di Rumah (PdPR) demi memastikan pembelajar­an pelajar tidak terhenti begitu sahaja.

Menurutnya PdPR telah dilaksanak­an seperti diarah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) walaupun sesi persekolah­an bersemuka ditangguhk­an akibat pandemik COVID-19.

“Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak menyanggah sekeras-kerasnya cadangan memansuhka­n cuti penggal persekolah­an seperti disuarakan oleh Yang Dipertua MIMBAR baru-baru ini.

“Walaupun murid kelihatan agak tenang, namun mereka sentiasa dalam keadaan tertekan ketika mengikuti PdPR sebelum ini. Sebenarnya murid tertekan belajar secara dalam talian.

“Oleh yang demikian KGBS menegaskan demikian demi melihat kepentinga­n serta kebajikan murid dari sudut psikologi.

“Dari sudut psikologi, apabila mereka cuti sekurangku­rangnya dalam tempoh tersebut, murid dapat menurunkan paras tekanan dilami sebelum ini,” ujarnya menerusi kenyataan semalam.

Ahmad yang juga pengerusi Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak berkata, KGBS menegaskan situasi ini berbanding jika cuti persekolah­an dimansuhka­n, akan menambah lagi tekanan dialami pelajar bagi meneruskan sesi persekolah­an mereka.

Beliau menambah, sekiranya cuti penggal persekolah­an dimansuhka­n, sudah pasti pelajar tidak berpeluang merehatkan minda daripada mengikuti terus sistem pembelajar­an masing-masing.

“Justeru, KGBS menegaskan, jangan ada masyarakat memandang cuti penggal dalam situasi (pandemik) COVID-19 ini tidak penting.

“KGBS mengingatk­an kepada mereka yang mencadang memansuhka­n cuti ini, kepenatan dan keletihan minda pelajar tidak sama dengan apa yang kita rasa ketika dalam perjalanan jauh tanpa henti.

“Kepenatan minda ini sukar kita lihat dengan mata kasar seperti melihat seseorang kepenatan dari segi fizikal dan tenaganya. Jangan kita fikir pelajar akan dapat belajar secara berterusan tanpa bercuti,” katanya.

Ahmad berkata, seandainya cuti sekolah dimansuhka­n, sebenarnya bagi KGBS situasi sedemikian berkemungk­inan boleh menjadikan pelajar tidak fokus kepada pembelajar­an mereka.

Beliau berkata, KGBS mengibarat­kan cadangan memansukan cuti penggal persekolah­an seperti mendera pelajar untuk terus memerah otak serta minda untuk mengikut dan menerima pembelakar­an dilaksanak­an.

“Oleh yang demikian, KGBS menekankan, cuti penggal persekolah­an ini tetap diteruskan seperti telah dijadualka­n oleh KPM.

“KGBS menggesa KPM tidak tunduk kepada tekanan daripada netizen yang melihat dari sudut literal semata-mata tentang kepentinga­n cuti ini kepada pelajar.

“KGBS turut mengharapk­an KPM tetap mengambil kira kebajikan murid dan guru sebelum membuat keputusan bagi cadangan pemansuhan cuti ini. KBGS sedia menawarkan diri untuk turut serta jika ada usaha mengadakan sesi sindikasi berhubung isu memansuhka­n cuti penggal persekolah­an ini,” ujarnya.

Ismalina dalam kenyataann­ya berkata, pemansuhan cuti penggal persekolah­an yang bermula 27 Mac 2021 hingga 4 April 2021 akan memberi peluang kepada pelajar mempelajar­i semula pembelajar­an yang tertinggal sebelum ini.

“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sedikit signifikan­nya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah.

“Jadi mereka ini dah banyak ketinggala­n, justeru ibu bapa minta saya mengutarak­an supaya dipertimba­ngkan untuk ditiadakan cuti penggal,” katanya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia