Utusan Borneo (Sabah)

NADMA sedia bantu kawasan terjejas kemarau Tabung Bencana NADMA boleh digunakan untuk beli peralatan seperti ‘Portable Water Treatment Plant’

-

“Selain itu, kita juga mengadakan perbincang­an dengan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Meteorolog­i dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), untuk membuat kajian mengenai cuaca pada masa hadapan. Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

ALOR GAJAH: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedia membantu mana-mana kawasan yang terjejas dengan kemarau di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, Tabung Bencana NADMA boleh digunakan untuk membeli peralatan-peralatan seperti ‘Portable Water Treatment Plant’ (PWTP) yang boleh digunakan di kawasan-kawasan terjejas bekalan air akibat kemarau.

“PWTP berkenaan boleh menghasilk­an sehingga 120,000 liter air sehari, yang boleh membantu lebih kurang 8,000 mangsa di kawasan terjejas.

“Selain itu, kita juga mengadakan perbincang­an dengan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan

Meteorolog­i dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), untuk membuat kajian mengenai cuaca pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Pak Wan Prihatin Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Dataran Peladang di sini, semalam.

Selasa lepas, kerajaan negeri Melaka menerima lima unit PWTP bernilai RM2.25 juta daripada NADMA, sebagai persediaan menghadapi kemarau yang sering berlaku ketika Monsun Barat Daya yang terjadi antara Mac hingga Jun setiap tahun.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, pelaksanaa­n dasar-dasar kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani pandemik COVID19, nyata menarik minat Ahli Parlimen pembangkan­g untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Persekutua­n.

“Walaupun mereka tak bersama kita, tapi menyatakan sokongan kepada kita. Ini satu perubahan yang sihat untuk memastikan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh perdana menteri, terus melaksanak­an tanggungja­wab kita kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar, mengumumka­n peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah membuat keputusan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong blok Kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia