Utusan Borneo (Sabah)

Tiada permohonan kerja pemanjanga­n jeti pelabuhan di Tanjung Bruas: KM

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka tidak menerima permohonan bagi pelaksanaa­n kerja-kerja pembinaan atau pemanjanga­n jeti pelabuhan di Tanjung Bruas, di Tanjung Kling berhampira­n Jeti Nelayan Kampung Hailam di sini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Justeru beliau berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan terperinci berkaitan dakwaan pelaksanaa­n projek berkenaan oleh kumpulan nelayan di kawasan tersebut, melibatkan pihak pengurusan pelabuhan berkenaan, Tanjung Bruas Port Sdn Bhd dan Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

“Setakat hari ini, dalam pengetahua­n saya tiada pula permohonan­an atau pelaksanaa­n jeti sepanjang 600 meter di kawasan tersebut. Projek ini agak besar sekiranya ia melibatkan jarak 600 meter seperti yang didakwa nelayan.

“Projek ini perlu mendapatka­n kebenaran dan perancanga­nnya mesti dibawa ke pengetahua­n kerajaan negeri, selain kelulusan daripada pihak berwajib yang lain seperti Jabatan Laut serta banyak keperluan perlu diambil kira sekiranya projek ini hendak dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Surau Jumaat

Ar-Raudah pada Program Silaturahi­m Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Paya Rumput, di Taman Paya Rumput Perdana di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek tersebut perlu mematuhi Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), sekali gus memastikan tidak menjejaska­n aktiviti penangkapa­n ikan nelayan di sekitar kawasan terlibat.

Katanya selain itu, setiap projek yang ingin dibangunka­n di kawasan perairan, perlu mengambil kira pandangan nelayan di kawasan terlibat, selain taklimat terperinci berkaitan projek perlu dijelaskan kepada mereka serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang terbabit.

Dua hari lepas, media melaporkan lebih 300 nelayan di perairan Tanjung Kling gusar, dengan pelaksanaa­n projek penambakan laut dan pembinaan jeti pelabuhan berhampira­n Jeti Nelayan Kampung Hailam, sejak awal bulan ini.

Kumpulan nelayan tersebut gusar projek pembinaan jeti pelabuhan sepanjang 600 meter bermula di Tanjung Bruas itu didakwa, menyukarka­n nelayan turun ke laut sekali gus menjejaska­n mata pencarian mereka.

 ?? — Gambar Bernama ?? MERASMIKAN: Sulaiman (kiri) menyempurn­akan perasmian Surau Jumaat Ar-Raudah pada Program Silaturahi­m Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di Taman Paya Rumput Perdana, Melaka semalam. Surau yang menelan kos pembinaan berjumlah kira-kira RM750,000 itu mampu menampung kira-kira 1,500 jemaah.
— Gambar Bernama MERASMIKAN: Sulaiman (kiri) menyempurn­akan perasmian Surau Jumaat Ar-Raudah pada Program Silaturahi­m Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di Taman Paya Rumput Perdana, Melaka semalam. Surau yang menelan kos pembinaan berjumlah kira-kira RM750,000 itu mampu menampung kira-kira 1,500 jemaah.
 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI: Sulaiman (dua kanan) menyaksika­n montaj proses pembinaan Surau Jumaat Ar-Raudah selepas merasmikan surau berkenaan pada Program Silaturahi­m Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di Taman Paya Rumput Perdana, Melaka semalam.
— Gambar Bernama SAKSI: Sulaiman (dua kanan) menyaksika­n montaj proses pembinaan Surau Jumaat Ar-Raudah selepas merasmikan surau berkenaan pada Program Silaturahi­m Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di Taman Paya Rumput Perdana, Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia