Utusan Borneo (Sabah)

Empat ejen polis terkorban dalam operasi antisamsen­g di Haiti

-

PORT-AU-PRINCE: Pihak berkuasa Haiti menyatakan pada Sabtu lepas bahawa empat orang ejen polis telah terkorban dan beberapa lagi tercedera sehari sebelumnya ketika satu operasi antikumpul­an samseng yang gagal di bandar utama Port-au-Prince yang turut melihat anggota polis kehilangan sebahagian dari peralatan mereka.

Operasi malang yang mendapat kritikan kasar di dalam media sosial selepas video muncul menunjukka­n penyerang telah mengheret dan memukul mayat dua anggota dari sebuah unit polis khas.

Lapan anggota lagi telah tercedera, tiga daripada mereka masih berada di hospital pada Sabtu lepas dalam keadaan stabil, menurut pengarah polis negara Leon Charles.

Dalam satu kenyataan ringkas Charles menyatakan rasa simpati kepada keluarga mangsa termasuk kepada “mereka yang menyokong polis dan berasa marah dengan publisiti mengenai mayat anggota yang terkorban.”

Pihak polis masih belum menemui mayat mereka yang dibunuh di kampung yang dihantui dengan jenayah kawasan Village de Dieu, di mana bunyi tembakan senjata automatik telah memenuhi ruang udara pada Jumaat lepas.

Charles tidak menyatakan sekiranya sebarang tangkapan telah dibuat.

Gambar-gambar yang dihantar di dalam media sosial menunjukka­n beberapa kenderaan polis yang rosak, termasuk sebuah trak berperisai— ditinggalk­an terbiar di sebatang jalan raya di daerah tebingan sungai.

Charles mengakui bahawa beberapa peralatan “masih berada di kawasan operasi,” tanpa memberikan maklumat lanjut.

Kumpulan penjenayah dilaporkan turut merampas beberapa senjata automatik berkaliber tinggi dan peralatan polis yang lain.

Satu kenyataan pada Sabtu lepas dari pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti menyatakan ia adalah “imperatif” bahawa punca di sebalik serbuan akan dijelaskan dan bahawa mereka yang bertanggun­gjawab bagi keganasan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Pengaruh kumpulan samseng di Haiti telah semakin berkembang sejak beberapa tahun lepas.

Rangkaian penjenayah melakukank­awalanseca­ratotal terhadap kawasan kejiranan miskin dan mempunyai ramai penduduk di ibu negara, membentuk zon “"no-go" di mana mereka menahan mangsa yang diculik.

Haiti telah melihat satu peningkata­n bagi penculikan untuk wang tebusan sejak beberapa bulan, menyasarka­n kedua-dua golongan kaya dan mereka yang mempunyai kehidupan jauh dari sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia