Utusan Borneo (Sabah)

Paras empangan seluruh negara masih baik

Meskipun negara sedang dilanda fenomena cuaca panas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air

-

KUALA TERENGGANU: Paras air di empangan seluruh negara ketika ini masih berada pada tahap ‘selesa’, meskipun negara sedang dilanda fenomena cuaca panas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan air di empangan seluruh negara, masih lagi mencukupi untuk menampung keperluan seharian penduduk.

“Berdasarka­n ramalan Meteorolog­i Malaysia pun cuaca panas tahun ini tidak seteruk tahun lepas dan kadar kelembapan ketika ini agak tinggi. Cuma, terdapat isu-isu (gangguan bekalan air) yang berlaku contohnya di Baling, Kedah dan isu tersebut telah pun diatasi kerajaan negeri.

“Kita akui ada tempattemp­at yang mengalami masalah (gangguan bekalan air) dan kita ambil tindakan melalui operator air di negerinege­ri untuk menghantar air (kepada pengguna) melalui lori dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Kerja Undi di bawah peruntukan KASA, di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Paras air empangan di seluruh negara kini mencatat tahap storan melebihi 70 peratus.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, Majlis Cabutan Kerja Undi itu melibatkan 103 kerja-kerja bagi projek pemulihan sungai yang akan dilaksanak­an dalam tempoh kurang tiga bulan untuk mengurangk­an risiko bencana banjir di semua daerah di Terengganu.

Katanya, secara keseluruha­nnya, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk kerja-kerja pemulihara­an sungai di Terengganu pada tahun ini dengan fasa pertama melibatlka­n nilai RM4.8 juta yang diundi semalam.

Kita akui ada tempat-tempat yang mengalami masalah (gangguan bekalan air) dan kita ambil tindakan melalui operator air di negeri-negeri untuk menghantar air (kepada pengguna) ” melalui lori dan sebagainya. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA)

“Kerja undi hari ini (semalam) melibatkan nilai projek di bawah RM100,000 bagi kontraktor kelas G1 bertujuan membantu mereka menjana semula ekonom akibat terjejas dengan penularan pandemik COVID-19,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU RAKYAT: Tuan Ibrahim melakukan cabutan undi kontraktor terpilih pada majlis cabutan kerja undi di bawah peruntukan Kementeria­n Alam Sekitar dan Air bagi kerja-kerja pemulihan sungai di Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama BANTU RAKYAT: Tuan Ibrahim melakukan cabutan undi kontraktor terpilih pada majlis cabutan kerja undi di bawah peruntukan Kementeria­n Alam Sekitar dan Air bagi kerja-kerja pemulihan sungai di Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia