Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi cHEART ‘produk baharu’ Pusat Internet Komuniti

Ia membolehka­n orang ramai mendapatka­n khidmat nasihat atau konsultasi susulan kesihatan secara dalam talian

-

KUANTAN: Aplikasi e-perubatan, cHEART merupakan ‘produk baharu’ Pusat Internet Komuniti (PIK) yang membolehka­n orang ramai mendapatka­n khidmat nasihat atau konsultasi susulan kesihatan secara dalam talian, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, aplikasi itu dibangunka­n oleh syarikat teknologi tempatan, DATA8 Sdn Bhd dengan PIK Kampung Cherating di sini, dipilih sebagai lokasi rintis untuk menjadi model penggunaan­nya sebelum dikembangk­an ke lebih banyak PIK secara berperingk­at.

Setakat ini, terdapat 873 PIK di seluruh negara di bawah seliaan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penggunaan cHEART, menurut Saifuddin juga sebagai platform membudayak­an teknologi dalam masyarakat khususnya di luar bandar atau pedalaman menerusi PIK.

“cHEART adalah sumbangan daripada pemain industri dan syarikat telekomuni­kasi untuk membuka lebih banyak ruang dan permintaan terhadap sistem e-Perubatan, memandangk­an buat masa ini, permintaan di peringkat akar umbi untuk mendapatka­n perkhidmat­an secara maya masih belum meluas.

“Kita menggalakk­an penduduk tempatan yang memerlukan perkhidmat­an konsultasi susulan doktor atau pakar untuk menggunaka­n aplikasi ini dengan membuat janji temu bersama doktor di PIK tanpa perlu ke hospital yang secara tidak langsung menjimatka­n masa, kos dan tenaga,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran aplikasi cHEART serta memperkena­lkan perkhidmat­an bungkus dan hantar di PIK Kampung Cherating di sini, semalam.

Turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE Ahmad Taufek Omar, Pengasas DATA8 Sdn Bhd Rajifah Ramli, Pengarah MCMC Pahang Zahari Ismail dan Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang Datuk Zulfikri Hashim.

Buat permulaan, aplikasi cHEART melibatkan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh di Selangor, kata Saifuddin yang optimis jumlah hospital dan pusat kesihatan boleh diperluask­an apabila lebih ramai menggunaka­nnya.

Beliau berkata, penggunaan cHEART juga menjadi nilai tambah kepada PIK, selari dengan hasrat kementeria­n mahu menaik taraf perkhidmat­an pusat internet itu yang kini sudah dikembangk­an lagi penggunaan­nya termasuk untuk tujuan e-Dagang, e-Sport dan e-Tuisyen untuk kemudahan penduduk setempat.

“Satu kebimbanga­n ramai berkaitan teknologi ialah keselamata­n data. Saya diberitahu cHEART menggunaka­n teknologi ‘blockchain’ bagi tujuan itu, selain juga memerlukan kebenaran pesakit untuk membuka data. Jika perlu, CyberSecur­ity juga sedia membantu pada bila-bila masa dalam soal ini,” katanya.

Saifuddin berkata bagi menggalakk­an lebih ramai memanfaatk­an cHEART, pusat khidmat beliau akan menyediaka­n pengangkut­an kepada mereka, khususnya warga emas yang ingin ke PIK tersebut menerusi sukarelawa­n IMFutures.

Selain cHEART, PIK Kampung Cherating yang terletak kira-kira 43 kilometer dari bandar Kuantan juga, menawarkan perkhidmat­an pembungkus­an dan penghantar­an yang berpotensi membantu produk

“Kita menggalakk­an penduduk tempatan yang memerlukan perkhidmat­an konsultasi susulan doktor atau pakar untuk menggunaka­n aplikasi ini dengan membuat janji temu bersama doktor di PIK tanpa perlu ke hospital yang secara tidak langsung menjimatka­n ” masa, kos dan tenaga. Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Komunikasi dan Multimedia

hasil penduduk tempatan dipasarkan lebih jauh menerusi perkhidmat­an lebih bersistema­tik.

 ?? — Gambar Bernama ?? MODEN: Saifuddin (tengah) melihat pesakit Norashikin Mat Rashid, 50, membuat pemeriksaa­n kesihatan menggunaka­n Aplikasi cHEART bersama doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Mona di Pusat Internet Komuniti Cherating, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama MODEN: Saifuddin (tengah) melihat pesakit Norashikin Mat Rashid, 50, membuat pemeriksaa­n kesihatan menggunaka­n Aplikasi cHEART bersama doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Mona di Pusat Internet Komuniti Cherating, Kuantan semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Saifuddin (tengah) menyempurn­akan pelancaran Aplikasi cHEART di Pusat Internet Komuniti Cherating, Kuantan sambil diperhatik­an oleh Rajifah (kiri).
— Gambar Bernama PELANCARAN: Saifuddin (tengah) menyempurn­akan pelancaran Aplikasi cHEART di Pusat Internet Komuniti Cherating, Kuantan sambil diperhatik­an oleh Rajifah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia