Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri gembira tiga anak akhirnya terima sijil kelahiran

-

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri dari Kampung Alor Serdang dekat sini berasa gembira dan lega apabila tiga anak mereka yang tidak memiliki sijil kelahiran akhirnya menerima dokumen itu semalam.

Rohariza Che Lah, 42, dan suaminya Hisham Zainol, 40, sebelum ini gagal mendaftark­an anak mereka yang kini berusia tujuh, 10 dan 13 tahun kerana faktor kemiskinan selain kesukaran untuk ke pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Suami tidak sihat sejak beberapa tahun lalu dan kami juga tidak mempunyai kenderaan untuk membawa anak-anak membuat sijil kelahiran. Bila mereka tidak ada sijil kelahiran ini, saya risau dan tidak senang duduk memikirkan nasib anak-anak yang sedang membesar ini.

“Apabila ada sijil kelahiran, saya gembira dan bersyukur kerana mereka boleh pergi ke sekolah dan tidak lagi tercicir dalam pelajaran. Saya harap mereka dapat bersekolah dengan baik seperti rakanrakan mereka yang lain,” kata Rohariza kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, Timbalan Pengarah JPN Kedah Madihah Muhammad menyerahka­n sijil kelahiran tiga beradik tersebut, iaitu Nur Syaliza, 13; Mohammad Shazrul Danish, 10 dan Nur Eliani, 7, di rumah mereka.

Sementara itu, Mohammad

Shazrul Danish berkata, dia tidak sabar untuk memulakan sesi persekolah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa esok (hari ini).

“Sebelum ini memang ada pergi sekolah dan saya memang sudah boleh membaca. Jadi saya dan adik berumur tujuh tahun tidak sabar untuk menyuruh ayah hantar kami ke sekolah dengan menaiki motosikal esok,” katanya.

Sementara itu, Madihah berkata, pemohonan sijil kelahiran bagi ketiga-tiga anak Rohariza itu telah dibuat tahun lalu selepas mendapat maklumat daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Anak mereka yang berumur 16 dan dua tahun sudah ada sijil kelahiran cuma mereka bertiga sahaja. Rata-rata punca lambat mendaftar sijil kelahiran anak mereka ialah disebabkan oleh isu perkahwina­n, sosial serta kurangnya kesedaran ibu bapa,” katanya.

 ??  ?? WAJAH KEGEMBIRAA­N: Madihah (dua kanan) beramah mesra dengan tiga beradik yang baru menerima sijil kelahiran (dari kiri) Nur Eliani, Mohammad Shazrul Danish dan Nur Syaliza pada Program Mekar Jabatan Pendaftara­n Negara Mekar Mobile Ehsan di Kompung Alor Serdang di Alor Setar, semalam. Turut sama ayah mereka Hisham (empat kiri). — Gambar Bernama
WAJAH KEGEMBIRAA­N: Madihah (dua kanan) beramah mesra dengan tiga beradik yang baru menerima sijil kelahiran (dari kiri) Nur Eliani, Mohammad Shazrul Danish dan Nur Syaliza pada Program Mekar Jabatan Pendaftara­n Negara Mekar Mobile Ehsan di Kompung Alor Serdang di Alor Setar, semalam. Turut sama ayah mereka Hisham (empat kiri). — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia