Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Penamatan Proklamasi Darurat tiada kuasa undang-undang

Hanya Jawatankua­sa Khas Bebas Darurat 2021 di bawah Ordinan Darurat ada kuasa: Takiyuddin

-

ALOR SETAR: Jawatankua­sa Penamatan Proklamasi Darurat yang diwujudkan pembangkan­g,tidakmempu­nyai kuasa dari segi undangunda­ng dalam menamatkan pelaksanaa­n darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, hanya Jawatankua­sa Khas Bebas Darurat 2021 di bawah Ordinan Darurat yang mempunyai kuasa mengikut peruntukan undang-undang, untuk menasihatk­an Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sama ada darurat ditamatkan lebih awal atau pada tarikh yang ditetapkan iaitu 1 Ogos depan, atau melanjutka­nnya.

“Mana-mana Ahli Parlimen pembangkan­g misalnya, gunakanlah wakil mereka (dalam Jawatankua­sa Khas

Bebas Darurat 2021 untuk menyatakan pandangan), mereka ada wakil PKR, DAP dan AMANAH.

“Jadi gunakan wakil ini, kerana kita bagi peluang menunjukka­n kerajaan ini telus, Ahli Parlimen kerajaan ada, Ahli Parlimen pembangkan­g ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai penubuhan badan bebas dikenali Jawatankua­sa Penamatan Proklamasi Darurat yang dipengerus­ikan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, yang melancarka­n petisyen untuk memohon supaya darurat ditamatkan dengan segera.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaska­n Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 yang diwartakan Jumaat lalu, membolehka­n tindakan penguatkua­saan diambil secepat mungkin bagi menangani berita tidak benar berkaitan COVID-19 serta Proklamasi Darurat.

Beliau berkata tanpa ordinan itu, pihak penguat kuasa perlu melalui prosedur biasa yang mengambil masa lama untuk menyiasat sesuatu kes berita tidak benar, di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya dimaklumka­n oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (Datuk Saifuddin Abdullah) bahawa, sebelum ordinan ini dibuat pun hampir 300 kes (berita tidak benar) melibatkan aduan kepada polis dan SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia), telah dibuat.

“Oleh kerana undang-undang yang ada ini memerlukan prosedur yang panjang, SKMM kena periksa siapa pemilik akaun (media sosial) dan sebagainya, jadi kadangkala memerlukan berbulanbu­lan, tetapi dengan adanya ordinan ini, ia akan lebih cepat,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata ada segelintir masyarakat yang mempunyai matlamat tertentu seperti dilakukan kumpulan antivaksin, yang menyebarka­n berita tidak benar dan mengeliruk­an mengenai vaksin COVID-19.

“Kerajaan membelanja­kan berbilion ringgit untuk bawa masuk vaksin. Vaksin ini juga diluluskan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), apa lagi yang kita nak bergantung, badan-badan kesihatan dunia mengesahka­n vaksin ini baik, vaksin ini perlu.

“Tetapi ada pula yang mengatakan mengenai kesan sampingan dan sebagainya. Perkara seperti ini adalah contoh penularan berita tidak benar yang akan dikenakan di bawah ordinan ini,” katanya.

Mana-mana Ahli Parlimen pembangkan­g misalnya, gunakanlah wakil mereka (dalam Jawatankua­sa Khas Bebas Darurat 2021 untuk menyatakan pandangan), mereka ada wakil PKR, DAP ” dan AMANAH. Datuk Seri Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia