Utusan Borneo (Sabah)

Man City kukuh di puncak teratas

Kemenangan besar 3-0 ke atas Fulham dalam aksi EPL bantu jarakkan diri dengan kelebihan 17 mata di singgahsan­a

-

LONDON: Manchester City, dengan barisan pemain yang hampir berbeza sepenuhnya, menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 17 mata selepas menang 3-0 di Fulham sementara Chelsea memberikan peluang kepada pesaing untuk kelayakan ke Liga JuaraJuara selepas seri tanpa jaringan di Leeds United pada Sabtu.

City mampu melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasa­n utama menjelang perlawanan kedua pusingan kedua Liga JuaraJuara menentang Borussia Monchengla­dbach pada pertengaha­n minggu ini dengan Kevin De Bruyne adalah antara pemain yang direhatkan.

Bagaimanap­un, kekuatan dalaman City sekali lagi jelas kelihatan apabila menjaringk­an tiga gol pada 15 minit pertama separuh masa kedua di Craven Cottage.

John Stones membuka jaringan sebelum Gabriel Jesus dan gol pertama Sergio Aguero dalam liga sejak 14 bulan dari satu tendangan penalti melengkapk­an jaringan.

“Kami sudah bermain begitu banyak perlawanan, kami tahu skuad ini perlu digilirkan kerana jadual permainan yang padat,” kata Stones.

“Kami semua tahu peranan dan tanggungja­wab kami dan semua orang yang bermain hari ini selayaknya mendapat pujian dari cara kami bermain.”

Manchester United kurang dua perlawanan berbanding City untuk merapatkan kedudukan tetapi tiada keraguan bahawa City akan memenangi kejuaraan liga yang ketiga dalam tempoh empat tahun selepas meraih kemenangan ke-23 dari 24 perlawanan terakhir.

Fulham kekal dalam zon penyingkir­an selepas kekalahan kedua dari lapan perlawanan.

Chelsea, di tangga keempat ketika ini, mengekalka­n rekod tanpa kalah sejak di bawah kendalian Thomas Tuchel kepada 12 perlawanan.

Bagaimanap­un, Chelsea tidak berbisa seperti yang diharapkan walaupun memiliki barisan jentera serangan yang hebat.

Tuchel memulakan dua penyerang, Timo Werner dan Olivier Giroud di bangku simpanan dengan Kai Havertz diturunkan sebagai penyerang ‘palsu’ dan beliau mempunyai peluang terbaik Chelsea apabila cubaannya ditepis penjaga gol Illan Meslier.

Penyerang terbanyak Leeds, Patrick Bamford, mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama tetapi mereka boleh meraih kemenangan jika tidak kerana ketangkasa­n penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy menepis cubaan Tyler Roberts dan Raphinha.

“Kami mencipta cukup peluang dan cukup sentuhan dalam kotak penalti untuk menjaringk­an satu atau dua gol. Malangnya, kami tidak gagal melakukann­ya dan terpaksa akur dengan keputusan seri,” kata Tuchel.

Satu mata meletakkan Chelsea tiga mata di hadapan West Ham United, yang kurang dua perlawanan.

Everton masih kurang lima mata di belakang Chelsea selepas tewas 1-2 kepada Burnley di Goodison Park.

Burnley bermula garang dan mendapat ganjaran apabila Chris Wood membuka jaringan sebelum Dwight McNeil melengkapk­an gol.

Dominic Calvert-Lewin merapatkan kedudukan buat Everton tetapi Burnley kelihatan selesa mempertaha­nkan kedudukan sehingga ke akhir permainan untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tujuh mata di atas zon penyingkir­an.

“Ia satu kekecewaan besar kerana kami kehilangan peluang terbaik untuk menaiki anak tangga liga,” kata pengurus Everton, Carlo Ancelotti.

“Kami melakukan kesilapan yang sama hampir semua perlawanan di Goodison Park, iaitu tidak bermula dengan baik.”

Wilfried Zaha menjadi pemain pertama dalam Liga Perdana yang tidak melakukan isyarat melutut sebelah kaki sebelum sepak mula ketika kelabnya, Crystal Palace menewaskan West Brom 1-0.

Zaha, 28, mendedahka­n bulan lepas bahawa beliau tidak lagi melakukan isyarat membantah ketidakadi­lan kaum, yang dilakukan pemain,

Kami semua tahu peranan dan tanggungja­wab kami dan semua orang yang bermain hari ini selayaknya mendapat pujian dari cara kami ” bermain. John Stones Pemain Pertahanan Manchester City

pegawai dan kakitangan dalam Liga Perdana sejak bulan Jun.

Gol kemenangan Palace dijaringka­n Luka Milivojevi­c dari tendangan penalti, menyebabka­n West Ham hampir pasti kembali ke Liga Kejuaraan musim hadapan.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Fulham dan Manchester City di Craven Cottage di London.
— Gambar AFP AKSI RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Fulham dan Manchester City di Craven Cottage di London.
 ?? — Gambar AFP ?? PERLAWANAN SENGIT: Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Leeds Utd dan Chelsea di Elland Road.
— Gambar AFP PERLAWANAN SENGIT: Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Leeds Utd dan Chelsea di Elland Road.
 ??  ?? STONES
STONES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia