Utusan Borneo (Sabah)

POIC perlu kekal sebagai entiti bebas

- Oleh Yap Siong Han

LAHAD DATU: Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) perlu dikekalkan sebagai sebuah entiti bebas kerana dalam usaha memainkan peranan yang lebih luas di negeri ini khususnya Pantai Timur Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, beliau menyokong usaha pembinaan Pelabuhan POIC Lahad Datu yang akan mengambil masa 15 tahun pembinaan di kawasan seluas 4,400 ekar di taman perindustr­ian itu.

“POIC Lahad Datu adalah projek milik anak syarikat POIC Sabah Sdn Bhd dan telah beroperasi sejak 2005.

“Saya difahamkan kapasiti dan kebolehan POIC Sabah dalam mengendali­kan pelabuhan ini akan berkembang dalam Kawasan Pertumbuha­n Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Perjanjian Kerjasama Ekonomi Serantau (RCEP) dan laluan perkapalan LombokMaka­ssar,” katanya semasa lawatan kerja ke POIC, di sini kelmarin.

Beliau menyokong langkah untuk mengembang­kan Pelabuhan POIC. Pelabuhan POIC itu akan merangkumi terminal kontena, kargo pukal kering dan cecair. Ia adalah aset penting kepada POIC dan juga negeri Sabah.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian ini berkata, pelabuhan itu adalah elemen penting dalam pembanguna­n projek mega yang sedang dipertimba­ngkan dan dibangunka­n di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Projek itu termasuk cadangan menjadikan POIC Lahad Datu sebagai zon perdaganga­n bebas, meningkatk­an laluan perhubunga­n Lahad Datu dengan lapangan terbang antarabang­sa serta terminal feri.

“Pelaksanaa­n projek itu akan membolehka­n Lahad Datu menjadi hab bandar pintar di Malaysia Timur,” katanya.

Joachim berkata, beliau akan berjumpa dengan pegawai berkaitan di peringkat daerah yang dijangka akan mendapat manfaat daripada pembanguna­n berkenaan.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Joachim (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menerima taklimat ketika di Pelabuhan Kontena POIC Lahad Datu.
LAWATAN KERJA: Joachim (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menerima taklimat ketika di Pelabuhan Kontena POIC Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia