Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin akar umbi perlu main peranan galak rakyat divaksin

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Pemimpin peringkat akar umbi digesa tampil melaksana peranan mereka bagi menggalak rakyat menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Momen Angchai berkata, gesaan itu dilakukann­ya kerana beliau yakin suntikan vaksin PfizerBioN­Tech akan memberi manfaat kesihatan dalam memerangi COVID-19.

“Marilah kita tampil menyambut baik pelaksanaa­n PICK dengan memastikan diri kita dan ahli keluarga seterusnya komuniti kita menerima suntikan vaksin.

“Banyak saluran kemudahan untuk mendaftar sebagai penerima vaksin ini dan semua pemimpin di akar umbi amat penting melaksana peranan bagi memastikan semua berdaftar dan menerima suntikan vaksin,” katanya di sini, semalam.

Momen menjadi antara individu terawal di DUN Tungku menerima suntikan vaksin melalui PICK peringkat daerah Lahad Datu yang dilancarka­n kelmarin.

Turut menerima suntikan itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Firuz Idzualdeen Mohd Dzul dan Ketua Daerah Tungku Mohamed Nuron.

Firuz yang ditemui berkata, beliau menghargai pemberian vaksin yang diusahakan bekalannya dari pengeluar hingga ianya sampai ke daerah ini.

“Saya juga mahu orang ramai di Tungku menerima manfaat vaksin ini agar kita dapat membentuk komuniti sekitar yang sihat untuk meneruskan kehidupan lebih baik, demi masa depan bersama,” katanya.

Sementara bagi Mohamed, beliau bersyukur menerima suntikan vaksin itu dan bertambah yakin untuk berkhidmat.

“Setelah menerima vaksin ini, saya mendapat keyakinan diri dan bersemanga­t untuk berkhidmat melaksana tugasan kepimpinan yang diamanahka­n kerajaan,” katanya.

 ??  ?? TELAH DIVAKSIN: Firuz, Momen dan Mohamed antara individu terawal divaksin dalam PICK.
TELAH DIVAKSIN: Firuz, Momen dan Mohamed antara individu terawal divaksin dalam PICK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia