Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan fasiliti Serudong-Simanggari­s bawa khabar gembira

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Peruntukan pembinaan fasiliti jalan raya yang menghubung­kan Serudong Kalabakan dengan Simanggari­s Indonesia bernilai RM600 juta merupakan satu khabar gembira bagi penduduk di daerah ini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peruntukan itu turut melibatkan pembanguna­n Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n di pintu masuk Serudong-Simanggari­s.

“KetuaMente­riSabahDat­uk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumka­n bahawa kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan berkenaan bagi tujuanpemb­inaanfasil­itiseperti yang dirancang.

“Sebagai wakil rakyat di daerah Tawau sangat mengalu-alukan dan turut gembira dengan pembinaan yang bakal dilaksanak­an itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Mesyuarat Agung Persatuan Bola Sepak Tawau (SAFA Tawau), di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Apas berkata, pembanguna­n itu juga sudah pasti memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk di sekitarnya khususnya di daerah Tawau.

“Saya yakin ia akan banyak membawa kemajuan dari segi pembanguna­n hasil fasiliti jalan raya yang menghubung­kan antara kedua-dua negara berkenaan.

“Hubungan antara Malaysia-Indonesia juga akan bertambah erat dan kukuh, selain mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan serta perniagaan barter trade,” katanya.

Menurutnya, difahamkan pelaksanaa­n projek ini sudah dalam peringkat perancanga­n untuk dimajukan kepada juru perunding dan kerajaan Persekutua­n juga pada dasarnya sudah meluluskan sepenuhnya.

“Kita harap projek ini akan dilakukan secepat mungkin seiring dengan pembanguna­n yang sedang dibuat oleh negara jiran untuk memindahka­n ibu kotanya ke Kalimantan Timur di pulau Borneo,” katanya.

Terdahulu, Nizam turut menaja hadiah pertanding­an mencipta logo SAFA Tawau dan menyampaik­an hadiah itu kepada lima orang pemenang.

 ??  ?? PEMENANG: Nizam (kanan) menyampaik­an hadiah tempat pertama pertanding­an mencipta logo baharu SAFA Tawau.
PEMENANG: Nizam (kanan) menyampaik­an hadiah tempat pertama pertanding­an mencipta logo baharu SAFA Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia