Utusan Borneo (Sabah)

Golongan guru disaran mengambil vaksin COVID-19

-

SIBU: Golongan guru disaran mengambil vaksin COVID-19 bagi melindungi diri mereka daripada jangkitan pandemik itu.

Pengamal perubatan dan pakar bedah sebuah pusat perubatan swasta di sini, Dr Clement Chen berkata vaksin diguna pakai beberapa negara luar termasuk Malaysia adalah dijamin selamat dan mempunyai keberkesan­an diuji di makmal terkemuka dunia.

Ini kerana katanya, ia juga mendapat pengiktira­fan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita amat mengalu-alukan serta menggalakk­an orang ramai termasuk warga pendidik mendaftar pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Tidak perlu bimbang kerana banyak negara sudah menggunaka­n vaksin ini dan ia amat berjaya menurunkan kes jangkitan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan tentang vaksin COVID-19 secara maya pada ceramah ‘COVID-19 The Way Ahead’ yang disiarkan di laman sosial anjuran Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sibu, malam kelmarin.

Tujuan ceramah berkenaan adalah untuk memaklumka­n kepada ahli-ahli STU Bahagian Sibu tentang keberkesan­an dan kebaikan vaksin COVID-19.

Dr Chen berkata, vaksin sangat penting untuk pendidik memandangk­an profesion mereka berhadapan serta bersemuka dengan pelajar.

“Walaupun tidak 100 peratus membasmi virus ini, sekurang-kurangnya vaksin ini dapat membina imunisasi tubuh di samping anti bodi yang sudah berada dalam tubuh kita.

“Dengan vaksin disuntik, ia mengukuhka­n kekuatan anti bodi badan kita melawan virus ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi STU Bahagian Sibu Yong Sie Hing berharap dengan adanya ceramah itu ahli-ahlinya mendapat lebih pengetahua­n dan maklumat mengenai vaksin itu.

“Dengan penerangan disampaika­n oleh Dr Chen, kita berharap ahli-ahli mendapat pemahaman berkesan dan tidak ragu-ragu lagi.

“Sebagai warga pendidik, vaksin COVID-19 sangat penting bagi kita sebagai pelindung diri seterusnya melindungi anak-anak murid kita sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia