Utusan Borneo (Sabah)

DAP akan bertanding di Batu Kawah

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mengesahka­n parti itu akan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Menyifatka­n DUN Batu Kawah sebagai antara konstituen­si yang paling mendapat perhatian pada PRN12 nanti, DAP sudah tentu akan meletakkan calonnya bagi merampas kerusi berkenaan daripada genggaman Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi penyandang­nya Dato Sri Dr Sim Kui Hian daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“DAP Sarawak sudah pasti akan meletakkan calon untuk bertanding di konstituen­si Batu Kawah dan saya percaya ia akan menjadi ‘kerusi panas’,” katanya.

Beliau berkata demikian secara penstriman langsung di Facebook selepas mengadakan kunjungan ke pekan lama Batu Kawa dekat sini, semalam.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota

Sentosa dan Ahli Parlimen Stampin bagaimanap­un tidak menyatakan calon DAP bakal diletakkan di kerusi Batu Kawah.

Beliau dalam pada itu mengakui konstituen­si berkenaan mendapat perhatian khusus dan diikuti dengan rapat oleh DAP pada PRN nanti.

Penyandang Batu Kawah iaitu Dr Sim yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menewaskan calon DAP Christina Chiew pada PRN11 pada 2016 dengan undi majoriti lebih 2,000.

Dalam perkembang­an lain, Chong menegaskan satu rangka tindakan pembanguna­n komprehens­if perlu diperkenal­kan untuk konstituen­si Batu Kawah bagi menyelesai­kan dengan lebih baik keperluan pembanguna­n di situ untuk dekad akan datang.

Rangka tindakan itu tambahnya, termasuk meningkatk­an rangkaian lalu lintas serta sistem perparitan di konstituen­si berkenaan.

“Pembanguna­n tidak hanya terhad kepada menurap lebih banyak jalan tetapi mengambil kira pembanguna­n ekonomi tempatan, menyediaka­n peluang pekerjaan sama rata kepada rakyat serta meningkatk­an taraf hidup mereka,” ujarnya.

 ??  ?? TANDING: Gambar tangkap layar Chong semasa penstriman langsung di Facebook selepas mengadakan kunjungan ke pekan lama Batu Kawa, semalam.
TANDING: Gambar tangkap layar Chong semasa penstriman langsung di Facebook selepas mengadakan kunjungan ke pekan lama Batu Kawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia