Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19 tinggi kerana tidak ubah polisi ujian

Sarawak terus tegas uji kontak rapat tanpa mengira mereka alami gejala atau tidak simptomati­k

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Hari ini (semalam) daripada 222 kes di Sarawak hanya 35 kes tidak menunjukka­n simptomati­k, jika kita hanya melakukan ujian terhadap mereka mempunyai simptom, Sarawak hanya melaporkan 35 ” kes dan bukan 222 kes. Dr Annuar Rapaee Penyelaras JPBBS

SIBU: Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee berkata Sarawak terus melaporkan kes COVID-19 tinggi kerana tidak mengubah polisi menguji kontak rapat bergejala sahaja.

Semasa siaran langsung Facebook hariannya semalam, beliau berkata tidak seperti negeri-negeri lain, Sarawak meneruskan ketegasan menguji setiap kontak rapat tanpa mengira sama ada mereka mengalami gejala atau tidak simptomati­k.

Beliau juga mengatakan bahawa kes positif perlu dikuaranti­n walaupun mereka tidak simptomati­k.

“Hari ini (semalam) daripada 222 kes di Sarawak hanya 35 kes tidak menunjukka­n simptomati­k, jika kita hanya melakukan ujian terhadap mereka mempunyai simptom, Sarawak hanya melaporkan 35 kes dan bukan 222 kes.

“Bagaimanap­un, 222 kes itu adalah kes positif dan boleh menjangkit­i orang lain. Bagi Sibu, daripada 38 kes dilaporkan semalam hanya lapan kes menunjukka­n gejala.

“Sekiranya kita mengubah dasar bermaksud hanya melaporkan lapan kes untuk Sibu hari ini (semalam). Tetapi, kita menguji setiap kontak rapat walaupun mereka tidak menunjukka­n sebarang gejala,” jelasnya.

Katanya, pihaknya tidak menolak sesiapa memutuskan menjalaniu­jiancalita­nwalaupun mereka tidak simptomati­k.

Dr Annuar berkata, ini bukan alasan kerana kes tinggi COVID-19 di negeri ini.

Beliau menjelaska­n daripada 38 kes di bahagian Sibu, 19 kes dilaporkan di kawasan pentadbira­n Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), 14 kes di Sibu Jaya dan lima kes di Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Sementara itu, sehingga semalam Sibu mempunyai kadar positif 2.85 peratus. ini bermakna 93.2 peratus pesakit COVID-19 pulih dan 14 pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan.

 ??  ?? MAKLUMAT: Dr Annuar menerangka­n kes COVID-19 di Sibu semasa siaran langsung Facebookny­a semalam.
MAKLUMAT: Dr Annuar menerangka­n kes COVID-19 di Sibu semasa siaran langsung Facebookny­a semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia