Utusan Borneo (Sabah)

SPECA mahu jadi pemain utama dalam industri minyak dan gas

-

KUCHING: Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) meluahkan hasrat untuk menjadi pemain utama dalam industri minyak dan gas di Sarawak melalui penubuhan SPECA Konsortium Sdn Bhd.

Presiden SPECA Datuk Rahman Lariwoo, yakin ahli-ahli dalam konsortium itu berkemampu­an mengembang­kan industri berkenaan berdasarka­n pengalaman yang mereka miliki sebelum ini.

“Saya sebagai presiden berharap SPECA Konsortium Sdn Bhd akan menjadi salah satu syarikat gergasi di Sarawak dalam bidang minyak

dan gas.

“Saya penuh berkeyakin­an dengan kemampuan ahli-ahli dalam konsortium boleh menjalanka­n kerja seperti gergasi besar Serba Dinamik atau Sapura kerana mereka adalah tulang belakang sebelum ini yang menjalanka­n kerja-kerja yang dianugerah­kan kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu kelmarin.

Sehubungan itu, Rahman berharap kerajaan negeri melalui PETROS dan penggiat besar industri itu memberi peluang kepada

SPECA dan ahli-ahlinya untuk bersama-sama melibatkan diri dalam industri berkenaan.

Mesyuarat itu diadakan bagi mengesahka­n pelantikan exco SPECA untuk tempoh 2021-2023 dan meluluskan penubuhan SPECA Konsortium Sdn Bhd.

Senarai Exco SPECA 20212023 adalah Presiden: Datuk Rahman Lariwoo; Naib Presiden 1: Jamel Matin@ Ibrahim; Naib Presiden 2: Datuk Janang Bungsu; Setiausaha: Ahmad Sazali Annuar; Penolong Setiausaha: Arif Haqeem Ahmad Sazali; Bendahari: Gajalie Sazalie dan Ahli Exco: Talhah@Talha

Affendi, Hafisz Rachman Drahman, Polit Hamzah,

Lau Tiew Kung, Liaw Soon Loo, Ng Chee Hieng, Michael

James Ngusek dan Tommy Raymond Jok.

 ??  ?? HASRAT: Rahman (tengah) bercakap pada sidang media.
HASRAT: Rahman (tengah) bercakap pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia