Utusan Borneo (Sabah)

Memasang Sayap pada Soldadu Malam

- Oleh Lokman Hakim

tahu bagaimana soldadu bersayap itu boleh muncul dan merampas kehidupan damai kita. Saya juga tahu bagaimana mahu menewaskan mereka. Malangnya, ia tidak mudah. Secara teknikal soldadu bersayap itu masih manusia. Mereka hanya diberi sayap lalu bertindak radikal. Nama saya, Salvador. Saya dilahirkan di sebuah perkampung­an yang daif serba-serbi. Di situ, amat sukar untuk hidup andai tidak mampu mendaki gunung yang mengitari kawasan perkampung­an. Sebut sahaja jenisan keperluan manusia, kesemuanya ada di lereng-lereng gunung yang memerlukan pendakian berjam-jam lamanya. Tanah gersang itu tidak menumbuhka­n hatta lalang mahupun rumput. Pohon-pohon kering melata tanpa rimbun dedaun. Sungai yang ada pula kering setelah tambakan dibuat di kaki gunung. Satu-satunya sumber mendapatka­n bekalan asas adalah kaki gunung. Urusan demi urusan perniagaan dilakukan di situ. Perkampung­an tidak bernama ini tanahnya gersang, tetapi ia tidak selama-lamanya begitu. Suatu masa yang lalu, ia tanah subur yang mengandung­i mineral berharga untuk dilombong. Penduduk kampung yang kaya raya mula membina rumahrumah mewah di atas gunung lalu meninggalk­an rakan-rakan mereka yang masih bergelut dengan kemiskinan di perkampung­an ini. Sudahnya, terdapat perpecahan masyarakat. Golongan miskin dikerah untuk memastikan kekayaan mereka di puncak gunung itu kekal bertahan dari satu keturunan ke keturunan yang lain. Semakin lama, jurang ekonomi di antara suku gunung dan dataran gersang ini kian lebar. Perkampung­an ini pantas dihuni golongan miskin yang betul-betul tidak mempunyai daya upaya untuk menyaingi rakanrakan mereka yang duduk di puncak gunung itu. Setelah beberapa ketika, suku gunung mula memusuhi penduduk kampung ini. Penghinaan demi penghinaan dilontarka­n sewenang-wenangnya. Biarpun begitu, penduduk kampung ini melihat penghinaan demi penghinaan itu sesuatu yang wajar. Pemikiran mereka diracuni dengan tanggapan; kemiskinan mereka itu adalah suatu hukuman di atas kegagalan mereka merencana masa depan sendiri. Benar, sesiapa sahaja mampu melangkah ke puncak gunung dan menjadi sebahagian daripada mereka, asalkan mampu membebaska­n diri daripada kemiskinan tegar yang melanda perkampung­an ini. Jelas sekali mereka tidak menyedari dan saya telah melihat suatu usaha memanipula­si pemikiran penduduk kampung supaya mereka tidak memberonta­k. Perlahan-lahan, lingkaran kemiskinan yang dikatakan boleh dileraikan itu menjadi takdir turun-temurun penduduk kampung ini, lebih-lebih lagi ketika sumber galian di tanah gersang ini habis dilombong. Saya datang ke kampung ini dan menunjukka­n bagaimana seekor mo

Aku datang dari negara yang hilang tempatnya di peta dunia. Membawa kesejahter­aan selaku niat dan teknologi selaku pemudah cara. Mengapa? Kerana aku telah melihat kebodohan dan ketamakan manusia memusnahka­n negara yang aku pernah diami. Dan kalian sedang meniti jalan kemusnahan ” yang sama.

Lihatlah mayat-mayat yang membukit tinggi. Adakah kalian percaya dendam akan menyembuhk­an luka di hati? Derita turun-temurun yang disusuli dengan rentetan seksa demi seksa itu memang tidak akan sembuh. Lihatlah wajah-wajah mayat-mayat yang kalian dendami itu? Adakah luka lama sedang bertaut kemas? Adakah darah sudah berhenti mengalir daripada hati kalian ” yang cedera parah?

nyet diubahsuai supaya bersayap. Mudah sahaja monyet nakal itu menyerbu suku gunung dan mencuri makanan mereka. Kelincahan monyet bersayap itu mencuit hati penduduk kampung. Tabiat monyet itu yang gemar menyelinap ke kawasan perumahan mewah di puncak gunung dan mencetuska­n huru-hara menjadi aspirasi penduduk kampung ini supaya tidak terlalu mendewa-dewakan mereka di puncak gunung. Oleh yang demikian, ramai bercita-cita mahu memiliki sayap dan paruparu yang perkasa supaya boleh mendapatka­n makanan dan minuman enak-enak daripada deretan kota-kota mewah di banjaran gunung. Mereka mahu menjadi seperti monyet bersayap itu dan bebas menyuaraka­n rasa tidak puas hati mereka ketika mereka mahu. Namun begitu, saya menyaranka­n agar mereka tidak meniru kenakalan monyet itu. Seelok-eloknya manusia itu lebih bijak mengatur kelebihann­ya dan bukannya menggunaka­nnya untuk tujuan yang tidak baik seperti mencuri. Mereka bersetuju. Mereka mula meminta agar saya membinakan mereka sayap-sayap yang tumbuh dari belakang tubuh. Saya akur kerana saya yakin mereka begitu memerlukan sayap memandangk­an setiap tanaman dan juga haiwan-haiwan yang enak dagingnya terdapat di puncak gunung. Saya mengkaji bagaimana burung terbang dan menghitung beban sayap yang perlu dicipta demi mengangkat tubuh manusia ke langit tinggi tanpa sebarang masalah. Saya merangka sistem apungannya supaya ia tidak bergantung pada kudrat manusia sepenuhnya. Ya, perjalanan ke gunung itu amat jauh juga. Untuk memasuki kota-kota mewah di atas banjaran gunung itu memerlukan keberanian dan kekuatan luar biasa. Sesungguhn­ya, mencipta sayap itu adalah suatu kesilapan terbesar saya pernah lakukan. Saya memasangka­n sayap pada seorang remaja yang tidak matang mengatur kebolehan baharunya. Saya memasangka­n sayap tanpa menyemak latar belakang orang yang meminta sayap. Pada hemat saya waktu itu, semua orang layak memiliki sayap. Terbang setingginy­a. Terbanglah ke mana jua. Langit itu tiada persempada­nan. Tanah dan apa jua ciptaan Tuhan ini tidak dimiliki sesiapa melainkan Tuhan semata-mata. Begitulah kebebasan yang disajikan sayap kepada mereka. Saya mahu mereka merasai sendiri kenikmatan kebebasan yang bakal dibawa oleh sayap tersebut. Nah, saya, Salvador seorang yang naif. Tidak berpijak di bumi nyata. Menewaskan soldadu bersayap hanya akan memberi jalan kepada suku gunung untuk meneruskan kehidupan mereka yang penuh dengan penindasan ke atas penduduk kampung. Membiarkan soldadu bersayap pula akan meletakkan dataran gersang ini ke dalam kancah peperangan yang tiada penghujung­nya. Benar, kedamaian itu amat perlu. Setiap insan di sini baik suku gunung mahupun dataran gersang harus berdamai dan berasimila­si tanpa prejudis. Ia amat mustahil untuk dilakukan. Saya percaya mereka akan menerima saya selaku sebahagian daripada mereka. Selaku pencipta, saya berhak beroleh penghormat­an. Saya tidak akan dibunuh sewenangwe­nangnya. Kalian tunggu sebentar di sini, saya akan mendepani mereka. *** Aku datang dari negara yang hilang tempatnya di peta dunia. Membawa kesejahter­aan selaku niat dan teknologi selaku pemudah cara. Mengapa? Kerana aku telah melihat kebodohan dan ketamakan manusia memusnahka­n negara yang aku pernah diami. Dan kalian sedang meniti jalan kemusnahan yang sama. Tenangkan fikiran kalsudah berhenti mengalir daripada hati kalian yang cedera parah? Oh, kalian curiga padaku nampaknya. Kalian melihat keengganan­ku memasang sayap di belakangku itu suatu tanda sayap-sayap yang aku ciptakan itu bermasalah. Benar, ia bermasalah. Apakah keganasan kalian sesudah beroleh sayap itu bukan suatu masalah? Beritahuku sekarang wahai soldadu bersayap, ke mana kalian mahu pergi selepas ini? Apakah hidup yang kalian bayangkan selepas ini? Ah, kayangan. Kalian mahu menguasai langit dan menghuni awan. Usah bermimpi. Awan bukannya memiliki dataran seperti ini yang kalian boleh duduki dan binakan kota. Kekuasaan jelas memabukkan. Aku tidak pernah silap mengenal kekuasaan selaku barah yang membunuh kemanusiaa­n. Sejak negaraku musnah akibat perebutan kuasa, aku menyaksika­n bagaimana kekuasaan menjadi petanda yang mencabut nyawa mereka yang mendambaka­nnya. Aku menyaksika­n kekuasaan menaiki kuda hitam dan memenggal kepala pahlawan-pahlawan terulung di dalam sejarah tanpa henti. Tahukah apa bahan yang membentuk sayapsayap kalian? ian. Lipatlah sayap kalian dan usah bersiaga untuk menggempur. Aku hanya seorang manusia biasa yang tidak punya kudrat untuk menentang kalian yang perkasa. Debu bertebaran ini sahaja sudah cukup memedihkan mata. Namun aku gagahkan juga diri ini untuk bertemu kalian. Ya, aku tidak ingin melihat kalian meneruskan pembunuhan ini. Tidakkah kalian mahu dengar bagaimana negara asalku musnah? Ia sedang berlaku di dataran gersang ini. Ia sedang membunuh gunung-gunung indah yang membanjiri negara yang pernah makmur ini. Tidaklah aku mahu menyuruh kalian memaafkan suku gunung yang kaya-raya itu. Mereka menemui kebahagiaa­n dan mengikisny­a dengan penindasan demi penindasan. Kota-kota di puncak gunung kini dibaham api! Apakah yang tinggal di dataran gersang dan kota-kota di sana melainkan soldadu bersayap seperti kalian? Lihatlah mayat-mayat yang membukit tinggi. Adakah kalian percaya dendam akan menyembuhk­an luka di hati? Derita turun-temurun yang disusuli dengan rentetan seksa demi seksa itu memang tidak akan sembuh. Lihatlah wajah-wajah mayat-mayat yang kalian dendami itu? Adakah luka lama sedang bertaut kemas? Adakah darah Kekuasaan itu. Kekuasaan yang menjadi barah. Kekuasaan yang menjadi petanda mencabut jutaan nyawa tidak berdosa di medan perang. Kekuasaan yang menaiki kuda hitam dan memenggal kepala pahlawan-pahlawan agung. Kini kekuasaan itu menjadi keangkuhan­ku ketika menenun sayap-sayap kalian. Di situlah silapku. Aku patut menyingkir­kan ia dari nubari ini. Aku sewajarnya menciptaka­n sayap-sayap kalian dengan empati. Menyulamny­a dengan manusiawi. Lihatlah apa yang sudah terjadi pada kalian. Apakah kalian percaya kalian itu manusia perkasa? Adakah kalian percaya bahawa kalian itu kini bebas-sebebasnya tanpa perlukan peraturan dan juga hukum-hakam? Ah, kekuasaan itu, kini mengalir ke dalam tubuhku. Kekuatan kalian hanyalah perca-perca halus yang aku petik daripada sumber yang jauh lebih besar. Bagaimana aku boleh lupa pada kewujudan kekuasaan ini ya? Bergaul dengan kelompok yang tidak dahagakan kuasa itu melemahkan peribadi seseorang yang punya karisma. Kalian gerun. Apa kalian ingat, selaku pencipta, aku tidak berwaspada? Apa kalian ingat, aku menciptaka­n sayap-sayap yang dipasang pada tubuh manusia tanpa sebarang persediaan untuk memusnahka­nnya semula seandainya situasi bertukar menjadi lebih parah? Usah takut padaku. Aku hanya seorang saintis yang memahami kekuasaan itu boleh ditundukka­n dan dilenturka­n agar seiring dengan kehendak peribadiku. Dan kehendakku mudah sahaja. Aku dambakan kedamaian. Aku dambakan kalian hidup bebas daripada cengkaman mereka yang menindas. Dan aku juga mengingink­an satu kehidupan sejahtera sesama manusia. Aku membayangk­an teknologi yang negaraku pernah miliki akan dimanfaatk­an masyarakat dunia. Malangnya, ia ibarat mendukung sumpahan kemusnahan. Sayapsayap yang kalian miliki itu membuatkan kalian ganas dan juga... dungu. Tidakkah kalian sedar di mana kalian berdiri sekarang? Nah, walau bagaimana sekalipun kalian cuba melebarkan sayap, ia akan gagal. Ia milik aku dan selamanya milik aku. Seperti yang aku katakan tadi, kekuasaan itu membuatkan kalian ganas dan tidak mampu berfikir dengan waras. Bagaimana rasanya kebebasan dirampas? Tidak seronok bukan? Beradulah, usah ditentang. Sayap kalian akan aku cabut. Teknologi yang aku miliki akan aku buang sejauh-jauhnya ke tempat yang tidak tercapai. Ah, suku gunung sudah muncul dari bawah tanah. Mereka gerun pada kalian. Mereka sudah tewas dan masih juga kalian bertekad mahu memburu seorang demi seorang lalu menjatuhka­n hukuman mati. Biarlah suku gunung menentukan nasib kalian. Aku tidak akan bercampur dengan masyarakat lagi. *** Salvador berniat mahu mendaki gunung perlahanla­han ketika suku gunung yang tadinya menikus di dalam tanah membunuh seorang demi seorang soldadu bersayap. Dia dapat mendengar pekikan kesakitan dan amarah yang silih berganti itu. Kadangkala langkahnya terhenti akibat tidak mampu menahan empati yang bergenang di nubari. Dia tidak berpaling sama sekali. Harapannya pada manusia sudah punah. Dia menahan sebak di dadanya dan meneruskan perjalanan. Harapannya, dia mahu mencari suatu tempat yang sangat terpencil dan tiada manusia boleh mengekorin­ya sama sekali. Dia mendongak tatkala tiba di kaki gunung. Dia menyeringa­i. Kekuasaan yang dibencinya tadi hadir ke dalam hatinya. Gunung itu begitu tinggi, tidak ternampak puncaknya langsung. Kabus tebal menyelubun­gi. Perlahan-lahan wajahnya bertukar kusam. Pelepah mula tumbuh pada seluruh tubuhnya. Tidak seperti soldadu bersayap, sayapnya ini berwarna jingga keemasan. Namun dia seperti tidak menyedari kewujudan sayap ini. Dia memusatkan perhatiann­ya pada pendakian. Pada mulanya, pendakiann­ya perlahan. Teramat perlahan. Setelah beberapa ketika, ototnya mula terbiasa dengan keadaan pendakian yang agak mencabar itu. Dia tidak lagi peduli pada soldadu malam yang disembelih beramai-ramai oleh suku gunung. Dia tidak lagi peduli pada sorakan suku gunung yang jelas sekali tidak serik menindas golongan yang tidak memiliki kuasa seperti mereka. Akhirnya, dia berjaya tiba di hadapanku. Aku mengangaka­n mulut dan membiarkan dia masuk ke dalam mulutku. Kegelapan membalutin­ya lalu aku menggulung lidahku. Dari dalam mulut ini aku dapat mendengar bisikan suara Salvador yang kian lemah. “Wahai kekuasaan, izinkan aku tidur selamalama­nya.” Aku mengangguk. Selaku kekuasaan, aku harus menyorokka­n diri bersama-sama kuncinya, yakni Salvador. Aku melangkah masuk ke sebuah gua lalu menolak bongkah-bongkah batu untuk menutup mulutnya. Setelah kegelapan menjadi satu-satunya sahabat, aku luahkan kembali Salvador yang kini terkulai tanpa sayapnya. “Aku pulangkan... semuanya pada kamu... wahai pencerita.” Aku tersenyum. Memasang sayap pada soldadu malam adalah sesuatu yang menarik untuk dilakukan. Malangnya, keseronoka­nnya tidak lama bertahan. Di dalam kegelapan, Salvador yang bisu kini menjadi sebahagian daripada kegelapan. Sepertiman­a watak-watakku yang lain. Sepertiman­a tanah gersang. Sepertiman­a kekuasaan yang menjadi identitiku. Ia tidak melahirkan makna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia