Utusan Borneo (Sabah)

Konvensyen DAP Perak sedikit kecoh, konon wujud pengundi hantu

-

IPOH: Sedikit kekecohan berlaku sewaktu Konvesyen DAP Perak ke-19 semalam, apabila didakwa wujudnya pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankua­sa Negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutka­n.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selesai berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke19 semalam, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Ipoh.

Menurut seorang perwakilan yang juga Ahli Parlimen

Kampar Thomas Su Keong Siong berkata, kekecohan itu disebabkan proses pendaftara­n pemilih yang sepatutnya tamat pada jam 10 pagi, tetapi tiba-tiba disambung sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, dan ruang harus diberikan kepada semua pemilih sekali gus pemilihan boleh dijalankan secara adil dan bukannya memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

“Sepatutnya buka pendaftara­n pemilih kepada semua bukan kepada ahliahli tertentu. Kita pun boleh panggil ahli kita,” katanya kepada pemberita ketika konvensyen tersebut.

Senada dengannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu, yang turut di dalam dewan itu juga mendapati, aduan tersebut timbul ekoran tindakan pihak pengurusan pemilihan yang masih mendaftark­an pengundi-pengundi atau perwakilan, selepas 10 pagi dan masih berterusan sehingga 11.30 pagi.

Seorang lagi perwakilan yang enggan dikenali berkata, pengundi hantu dikesan kerana mereka tidak mempunyai tag nama yang ditetapkan, dan maklumat peribadi mereka ditulis menggunaka­n pen dan bukannya seperti dicetak mengikut perwakilan lain.

Ketika berita ini ditulis, media masih lagi mengejar Guan Eng, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, mahupun timbalanny­a Aziz Bari, bagi mendapatka­n komen lanjut.

Menurut buku konvensyen yang diedarkan kepada media, antara urusan rasmi pada hari ini (semalam) adalah memilih 15 ahli ke Jawatankua­sa Negeri, pembentang­an dan penerimaan Akaun Penyata Kewangan, selain penerimaan usul-usul atau pengistiha­ran dikemukaka­n Jawatankua­sa Negeri.

 ?? — Gambar Bernama ?? KECOH: Thomas Su (tengah) ditenangka­n perwakilan lain ketika berlaku sedikit kekececoha­n pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh semalam.
— Gambar Bernama KECOH: Thomas Su (tengah) ditenangka­n perwakilan lain ketika berlaku sedikit kekececoha­n pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia