Utusan Borneo (Sabah)

Hubungi TNB untuk sahkan identiti pemasang meter pintar

-

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah boleh menghubung­i Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mendapatka­n pengesahan pengenalan diri pemasang meter pintar bagi mengelak penyamaran oleh pihak tertentu bagi tujuan tidak baik.

Pengarah Projek Advanced Metering Infrastruc­ture (AMI) TNB Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, mengikut prosedur, setiap pemilik kediaman yang terlibat dengan pemasangan meter pintar akan menerima notis sebelum pemasangan dilakukan sebagai langkah pemakluman dan temu janji.

“Pengguna boleh menghubung­i TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 sekiranya mereka ragu-ragu dan ingin mendapatka­n pengesahan,“katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Mohamed Ghous berkata bagi kediaman bertingkat seperti kondominiu­m dan pangsapuri, makluman pemasangan akan dibuat menerusi persatuan penduduk atau badan pengurusan bersama (JMB) bangunan sebelum pemasangan dilakukan.

Justeru, katanya pemilik rumah berhak dan wajib menghalang mana-mana petugas pemasangan meter pintar yang meragukan, tidak memakai pakaian seragam atau menunjukka­n kad pengenalan diri.

Beliau berkata, setiap petugas pemasangan meter pintar itu juga diwajibkan memakai pakaian seragam berwarna oren dan vest serta perlu menunjukka­n kad pengenalan diri yang membuktika­n mereka adalah kontraktor pemasangan meter pintar TNB.

“Pemasangan meter pintar yang kini giat dilaksanak­an di Lembah Klang adalah percuma dan hanya mengambil masa kira-kira sejam untuk dipasang,” katanya menambah kerja-kerja pemasangan meter pintar ini akan dilakukan sepasukan dua petugas bertauliah dan terlatih.

“Mereka terdiri sama ada dalam kalangan kakitangan TNB sendiri atau kontraktor yang dilantik,” kata Mohamed Ghous.

Menurut beliau, bacaan meter pintar juga adalah tepat dengan setiap meter diuji serta ditentukur berdasarka­n piawaian oleh SIRIM; mematuhi Akta Timbang dan Sukat, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; serta menerima sijil perakuan yang dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Tenaga.

Sistem komunikasi meter pintar pula disahkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

TNB merupakan ejen pelaksana program pemasangan meter pintar dalam usaha kerajaan memperkasa pengguna dan meningkatk­an pendigital­an dalam kalangan rakyat dan dilaksana di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).

 ??  ?? METER PINTAR: Kerja-kerja pemasangan meter pintar baharu di seluruh negeri Selangor oleh AMI Distributi­on Network (DN) Selangor dan kontraktor lantikan Tenaga Nasional Berhad di Taman Setia Warisan Subang di Subang. Sebelum memulakan tugas, prosedur sesi Toolbox dan pemeriksaa­n keselamata­n serta suhu badan pada setiap pekerja yang bertugas bagi membendung penularan COVID-19. — Gambar Bernama
METER PINTAR: Kerja-kerja pemasangan meter pintar baharu di seluruh negeri Selangor oleh AMI Distributi­on Network (DN) Selangor dan kontraktor lantikan Tenaga Nasional Berhad di Taman Setia Warisan Subang di Subang. Sebelum memulakan tugas, prosedur sesi Toolbox dan pemeriksaa­n keselamata­n serta suhu badan pada setiap pekerja yang bertugas bagi membendung penularan COVID-19. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia