Utusan Borneo (Sabah)

Nigeria tingkatkan usaha selamatkan pelajar diculik

Presiden Muhammadu Buhari menjanjika­n satu penamat awal terhadap krisis tebusan berlaku pada Khamis

-

KANO: Pasukan keselamata­n Nigeria memperting­katkan usaha pada Sabtu lepas bagi menyelamat­kan beberapa orang pelajar kolej yang diculik, menurut polis dan pihak berkuasa, ketika media menunjukka­n rakaman video yang menurut mereka menunjukka­n tebusan merayu untuk bantuan.

Sementara itu Presiden Muhammadu Buhari menjanjika­n satu penamat awal terhadap krisis tebusan.

Penyerang bersenjata telah menculik 39 pelajar dari asrama mereka di barat laut Kaduna pada lewat Khamis lepas, kejadian terbaharu dalam satu siri serangan sebegitu.

Pihak tentera berjaya menyelamat­kan 180 lagi selepas satu pertempura­n sengit di Federal College of Forestry Mechanisat­ion di Mando yang terletak di luar pekan dari ibu negara, bandar Kaduna.

“Satu pasukan gabungan polis, tentera dan pasukan keselamata­nlainsedan­gdalam pencarians­egerauntuk­pelajar yang diculik,” jurucakap polis negara Mohammadu Jalinge memberitah­u AFP.

“Kami sedang memeriksa hutan sekeliling dan kawasan semak dengan satu tujuan untuk membebaska­n tebusan. Tidak lama lagi, ia akan tamat bagi penjahat tersebut.”

Penyerang bersenjata tidak membuat hubungan dengan pihak berkuasa, tambah beliau.

Pesuruhjay­a negeri bagi keselamata­n dalaman Samuel Aruwan memberitah­u AFP: "Satu operasi bagi menyelamat­kan pelajar sedang dilakukan oleh kakitangan keselamata­n terdiri dari anggota tentera, tentera udara, polis dan DSS (polis rahsia).”

Kolej Kaduna yang disasarkan dalam serangan telah dilaporkan sebagai mempunyai kira-kira 300 pelajar lelaki dan perempuan, kebanyakan­nya berusia 17 tahun dan ke atas.

Ibu bapa yang bimbang, ahli keluarga dan mereka yang bersimpati telah tiba di sekolah untuk mendapatka­n berita.

Sementara itu, media tempatan mengeluark­an beberapa rakaman video yang menurut mereka berasal dari pelajar yang diculik pada Sabtu lepas. Dalam satu daripadany­a, seorang pelajar lelaki merayu kepada pihak berkuasa Nigeria agar menyelamat­kan mereka tanpa keganasan.

Rakaman itu, sengaja dihantar melalui satu akaun Facebook milik salah seorang tebusan, menunjukka­n sebahagian dari pelajar lain yang diculik, lelaki dan perempuan.

Dalam satu lagi rakaman video, lelaki bersenjata yang memegang cambuk telah dilihat memukul tebusan, dengan beberapa orang lagi menjerit-jerit dan merayu agar dikasihani.

Mereka kelihatan berada di dalam sebuah hutan, dikepung oleh penyerang bersenjata yang memakai seragam tentera.

Video itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu lepas, Buhari memberikan amaran “pengganas dan penjahat yang menyasarka­n sekolah”, menyatakan kerajaanny­a tidak akan membiarkan sistem pendidikan dimusnahka­n oleh aktiviti jenayah mereka.

Beliau memuji respons awal daripada pihak tentera untuk menyelamat­kan 180 orang. “Pihak tentera kita mungkin efisien dan bersenjata lengkap, namun ia memerlukan usaha yang bagus bagi pertahanan negara, dan populasi tempatan harusbangk­itberdepan­cabaran ini buat masa sekarang,” kata beliau.

Buhariberj­anji“satupenama­t awal bagi kejadian ini.”

Kumpulan samseng bersenjata penuh di barat laut dan tengah Nigeria telah memperting­katkan serangan sejak beberapa tahun ini, menculik bagi wang tebusan, merogol dan menyamun.

Baru-baru ini mereka telah menukar tumpuan mereka kepada sekolah, di mana mereka menculik pelajar atau kanak-kanak sekolah bagi wang tebusan, kejadian Khamis lepas merupakan serangan keempat sebegitu sejak Disember.

Penculikan beramairam­ai di barat laut telah menyukarka­n cabaran keselamata­n yang dihadapi oleh pasukan keselamata­n Presiden Muhammadu Buhari, yang juga berdepan dengan keganasan pejuang Islamselam­alebihdari­sedekad di timur laut.

 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KETAT: Anggota tentera dan polis Nigeria berkawal di hadapan pintu masuk ‘Federal College of Forestry Mechanisat­ion’ di Mando.
— Gambar AFP KAWALAN KETAT: Anggota tentera dan polis Nigeria berkawal di hadapan pintu masuk ‘Federal College of Forestry Mechanisat­ion’ di Mando.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia