Utusan Borneo (Sabah)

Penunjuk perasaan di Argentina serang bas yang bawa presiden

-

BUENOS AIRES:

Beberapa orang penunjuk perasaan telah menendang dan melontar batu ke arah sebuah bas mini yang membawa Presiden Argentina Alberto Fernandez pada Sabtu lepas ketika beliau melawat sebuah kawasan yang musnah akibat kebakaran hutan, ditunjukka­n dalam rakaman TV.

Semasa beliau meninggalk­an sebuah pusat komuniti di pekan Lago Puelo di selatan wilayah Patagonia, Fernandez terpaksa berlindung di belakang sekumpulan orang ketika kumpulan penunjuk perasaan berasak-asak ke arah beliau dan para delegasiny­a.

Penunjuk perasaan kemudian menahan bas yang membawa presiden, menumbuk dan menendangn­ya, serta melontar batu yang telah memecahkan cermin tingkap kenderaan itu, menurut rakaman yang disiarkan oleh rangkaian TN dan akhbar Clarin.

Fernandez cuba untuk meremehkan keganasan, menyatakan ia adalah kerja satu kumpulan kecil orang.

“Saya pasti bahawa keganasan ini adalah bukan dilakukan oleh penduduk Chubut mahupun oleh mereka yang mendiami negara tercinta kita Argentina," tulis beliau, merujuk kepada wilayah yang berhampira­n dengan pekan itu.

Dengan kehadiran beberapa anggota polis, orang ramai berjaya menghalang bas presiden dan beberapa kenderaan lain dalam rombongann­ya selama beberapa minit, dengan beberapa penunjuk perasaan melompat di bahagian depan kenderaan Fernandez.

Sebaik sahaja ia telah dibebaskan, beberapa kenderaan lain menyusup melalui orang ramai dan memecut pergi bersama dengan bas presiden.

Clarin melaporkan bahawa penunjuk perasaan telah berang dengan projek perlombong­an di wilayah Chubut, yang merupakan sebahagian dari Patagonia, dan dengan pihak gabenor wilayah.

Kebakaran yang telah membakar melalui Patagonia selama beberapa hari telah meragut satu nyawa, sementara 11 orang lagi telah dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat lepas.

Beberapa orang telah dipindahka­n dari laluan api yang marak, dan kirakira 200 rumah telah dimusnahka­n.

Kerajaan menyatakan beberapa pekan telah berada dalam keadaan tiada air dan bekalan elektrik.

Kebakaran, yang disyaki oleh pihak berkuasa sebagai dimulakan secara sengaja pada awal minggu ini, telah merebak ke beberapa pekan berhampira­n kaki bukit gunung Andes, dan telah memusnahka­n kirakira 15,000 hektar hutan, lapor media pada Sabtu.

Mayat rentung milik seorang penduduk kampung, dilaporkan hilang sejak Selasa, telah dijumpai berhampira­n pekan El Maiten, tambah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia