Utusan Borneo (Sabah)

Gandingan Shukri & Uqasha dalam ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’

-

DRAMA bersiri ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ merupakan sebuah lagi karya adaptasi novel baharu dengan judul yang sama nukilan Siti Rosmizah yang mengangkat genre romantik terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd. Drama 40 episod arahan sutradara handalan Along Kamaludin ini turut menampilka­n Siti Rosmizah selaku penerbit dan penulis skrip serta barisan penulis skrip yang terdiri dari Rozie Rashid dan Amka Ahmad. Lebih istimewa, drama ini turut menampilka­n lagu istimewa bertajuk ‘Rindu Separuh Nyawa’ nyanyian Vanessa Reynauld dan Naqiu sebagai lagu runut bunyi yang liriknya juga ditulis oleh Siti Rosmizah. Drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 23 Mac ini menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata, “Meletakkan kejayaan penerbitan drama-drama sebelum ini sebagai penanda aras, terbukti genre cinta dan romantik sentiasa menjadi pilihan audiens tempatan dari dulu hingga sekarang. “Oleh itu, kami dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi drama adaptasi novel menarik berjudul ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ yang bakal menyusul untuk menghiasi slot Megadrama sejurus berakhirny­a drama ‘Marry Me Senorita’ tidak lama lagi. Istimewa lagi, drama ini juga merupakan antara pengisian utama sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang telah disusun khas untuk menghiburk­an pelanggan setia Astro. “Naskhah yang sarat dengan elemen keluarga, drama dan romantik ini cukup menarik kerana ia bakal menampilka­n jalan cerita berbeza yang mampu mengusik jiwa dan emosi. Tidak dinafikan setiap karya adaptasi novel sudahpun mempunyai jalan cerita yang perlu diikuti, namun syabas kepada Along Kamaludin sebagai pengarah dan keseluruha­n produksi yang berjaya menggarap dan mewarnai penceritaa­n drama ini secara kreatif. “Daripada segi pemilihan pelakon pula, Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose merupakan nama besar dalam industri lakonan tanah air yang sering menjadi pilihan pembikin seni untuk menggalas watakwatak utama dalam pelbagai genre. Selain mereka berdua, kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil juga turut memainkan peranan yang cukup bermakna melalui pembawaan watak yang cukup berkesan. “Semoga drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ akan sekali lagi mengulangi kejayaan drama-drama sebelum ini sekaligus mencipta fenomena yang tersendiri,” kata beliau. ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ merupakan drama pertama yang menggandin­gkan Shukri dan Uqasha. Kemampuan keduadua pelakon popular ini untuk menghidupk­an watak Nazril Nazim dan Kasih Maisara sekali lagi membuktika­n kredibilit­i mereka sebagai pelakon versatil. Walaupun pertama kali disatukan, Shukri dan Uqasha mempunyai ‘chemistry’ yang baik sekaligus memudahkan lagi penggambar­an. Watak utama Kasih Maisara yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose sarat dengan mainan emosi yang mendalam. Uqasha pernah menangis sehingga takut untuk ke set penggambar­an kerana tertekan untuk menjiwai watak tersebut. ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ mengisahka­n Maisara yang menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunaka­n Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalka­n upacara pertunanga­n ketika ia bakal berlangsun­g. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu. Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubung­i Maisara untuk menyerahka­n surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara merupakan perempuan yang sama yang diceramahn­ya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombonga­n Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudianny­a mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabka­n Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui. Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Ikuti apakah kesudahan drama ini menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 23 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia