Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti rakit redah jeram kembali beroperasi selepas PKP

-

KAMPAR: Selepas kira-kira setahun tidak beroperasi, aktiviti rakit redah jeram atau ‘water rafting’ di Perak kini kembali diaktifkan, dengan penganjura­n R4 Perak Slalom Karnival X Kampar River Fest 2021 di sini, selama dua hari bermula kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, program itu yang pertama kali dianjurkan Tourism Perak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, bagi mengelakka­n penyebaran wabak COVID-19.

“Sebagai kesinambun­gan daripada kejayaan acara Kampar River Festival 2019 lalu, kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama Persatuan Rafting Malaysia (MRA), sekali lagi menganjurk­an acara sukan pelanconga­n ini di sepanjang Sungai Kampar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pelepasan pertanding­an di sini semalam.

Beliau berkata, acara R4 Perak Slalom Karnival X Kampar River Festival, merupakan kejohanan yang disertai secara berkumpula­n, dengan setiap kumpulan mempunyai seramai empat atlet yang mana mereka perlu menamatkan acara dengan displin-displin yang telah ditetapkan.

Katanya sebanyak tujuh kumpulan daripada 10 kumpulan yang didaftarka­n, berjaya menyertai acara berkenaan pada kali ini, yang terdiri daripada peserta daripada seluruh daerah di negeri Perak sendiri berikutan aktiviti merentas daerah telah dibenarkan mulai 5 Mac lepas.

Nolee Ashilin berkata, acara utama ekopelanco­ngan di Perak itu dilihat dapat mempromosi­kan Geopark Lembah Kinta di peringkat antarabang­sa, memandangk­an Kampar merupakan salah satu daerah yang mempunyai ‘geosite’ di dalam Lembah Kinta.

“Acara yang dijalankan secara langsung dan tertutup tanpa penglibata­n penonton ini, diharap dapat dijadikan sebagai titik permulaan yang positif untuk industri dan motivasi, bagi ‘river guide’ dan ‘rafters’ khusus di Perak dan Malaysia amnya,” katanya.

Setakat ini, antara lokasi tumpuan yang menjalanka­n aktiviti rakit redah jeram termasukla­h di Gopeng di sini, daerah Selama dan Ulu Slim di Tanjung Malim.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukka­n RM4.5 juta, bagi tujuan pembanguna­n lata di daerah Selama yang kaya dengan keindahan kawasan-kawasan air terjun, seterusnya mengembang­kan sektor ekopelanco­ngan di Perak.

Sementara itu, penganjur acara Mohd Hasrol Khamis@ Mahmad berkata, pemenang kumpulan tempat pertama membawa pulang piala, hadiah wang tunai sebanyak RM1,600 serta hadiah iringan, tempat kedua menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,200, tempat ketiga (RM800), tempat keempat (RM500) dan tempat kelima (RM400) dengan masingmasi­ng turut menerima hadiah iringan.

Mohd Hasrol berkata, acara itu diharapkan menghidupk­an semula sukan lasak itu selepas melalui zaman gelap semasa tempoh PKP.

“Sejak tahun lepas sehingga kini tiada aktiviti riadah rakit redah jeram dapat dijalankan, susulan situasi pandemik ini dan diharapkan selepas ini kita mampu mengembali­kan kemeriahan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut,” tambahnya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCABAR: Para peserta ‘water rafting’ melalui cabaran di Sungai Kampar sepanjang lima kilometer bermula dari Kuala Razila hingga ke Kampung Jahang pada penganjura­n R4 Slalom Karnival X Kampar River Festival 2021 di Kuala Razila, Gopeng, semalam.
— Gambar Bernama MENCABAR: Para peserta ‘water rafting’ melalui cabaran di Sungai Kampar sepanjang lima kilometer bermula dari Kuala Razila hingga ke Kampung Jahang pada penganjura­n R4 Slalom Karnival X Kampar River Festival 2021 di Kuala Razila, Gopeng, semalam.
 ??  ?? DILEPASKAN: Nolee (tiga kanan) melepaskan peserta ‘water rafting’ di Sungai Kampar yang bermula dari Kuala Razila hingga ke Kampung Jahang dengan jarak sepanjang lima kilometer pada penganjura­n R4 Slalom Karnival X Kampar River Festival 2021 di Kuala Razila, Gopeng semalam. — Gambar Bernama
DILEPASKAN: Nolee (tiga kanan) melepaskan peserta ‘water rafting’ di Sungai Kampar yang bermula dari Kuala Razila hingga ke Kampung Jahang dengan jarak sepanjang lima kilometer pada penganjura­n R4 Slalom Karnival X Kampar River Festival 2021 di Kuala Razila, Gopeng semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia