Utusan Borneo (Sabah)

Kluster Begalak kluster baharu COVID-19 di Sarawak

-

KUCHING: Satu lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar­kan di Sarawak iaitu Kluster Begalak, Song, Kapit, menjadikan kluster COVID-19 yang masih aktif di negeri ini sebanyak 29.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataann­ya semalam berkata Kluster Begalak merupakan kluster tempat kerja yang telah dikesan di sebuah penempatan kem pembalakan di kawasan Sungai Begalak, daerah Song, Kapit.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-11,650 yang merupakan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 57 tahun. Indeks kes ini juga merupakan pekerja di syarikat pembalakan tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 10 Mac 2021 di Klinik Kesihatan Song.

“Indeks kes berkemungk­inan telah mendapat jangkitan daripada komuniti semasa berada di sekitar pekan Song kerana tiada sejarah perjalanan keluar ke daerah lain sejak awal 28 Disember 2020,” jelasnya.

Menurut JPBNS hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dalam kalangan kontak rapat kepada kes indeks tersebut, 48 orang tambahan kes baharu telah dikesan positif COVID-19 termasuk 21 kes dilaporkan pada hari ini.

Sejumlah 335 individu telah disaring setakat ini, 49 kes telah didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks, 222 individu negatif dan 64 individu masih menunggu keputusan.

Tiga kes telah dirujuk ke Hospital Sibu dan 46 kes telah dimasukkan ke PKRC Kapit, Hospital Kapit bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut, tambahnya.

“Jumlah kluster yang masih aktif kini 29 kluster, 12 daripadany­a merekodkan penambahan kes manakala 17 lagi tiada penambahan kes,” jelasnya.

JPBNS berkata klusterklu­ster yang merekodkan penambahan kes ialah Kluster Jalan Main Bazaar,

Sri Aman, Kluster Sena, Miri, Kluster Melor, Pusa, Kluster Kiba, Sibu, Kluster Bukit Tunggal, Julau, Kluster Jalan Muhibbah, Betong, Kluster Emperoh Jambu, Kuching, Kluster Sungai Bakong, Meradong, Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching, Kluster Gelong, Kapit dan Kluster Pasai, Sibu.

Manakala kluster-kluster yang tidak merekodkan penambahan kes COVID19 semalam ialah SubKluster Tangap (Subis), Kluster Buluh Pasi, Meradong, Kluster Jalan Awang, Sibu, Kluster Buloh, Selangau, Kluster Jalan Ho Pin, Samarahan, Kluster Jalan Green, Kuching, Kluster Kejatau, Sri Aman, Kluster Jan Yong, Kapit, Kluster Geronggang, Sibu.

Kluster Mas Merah, Sibu, Kluster Univista, Samarahan, Kluster Kidurong Dua, Bintulu, Kluster Nanga Lijan, Julau, Kluster Seruas, Beluru, Kluster Sebangkoi, Sri Aman, Kluster Jun Heng, Bintulu, Kluster Tabong, Bau dan Kluster Rakut, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia