Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n undi 18 tanggungja­wab SPR sepenuhnya

-

ALOR SETAR: Sebarang perkembang­an mengenai undi 18 perlu datang daripada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaa­n dasar itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUnda­ng) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ini kerana perkara itu yang melibatkan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n telah diluluskan oleh Parlimen.

“Kerajaan dahulu telah pun membuat pindaan (terhadap) Artikel 47 dan Artikel 119 Perlembaga­an Persekutua­n dan bila telah dipinda perkara itu terpaksa diambil tindakan oleh SPR.

“SPR bukan urusan kerajaan walaupun ia adalah jabatan kerajaan, tetapi ia adalah suruhanjay­a bebas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin, di sini semalam.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahka­n kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini selepas Rang UndangUnda­ng Perlembaga­an (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa SPR mengeluark­an kenyataan tegas berhubung pelaksanaa­n Undi 18 tanpa dipengaruh­i oleh mana-mana pemimpin politik.

Presiden Parti Warisan Sabah itu turut menuntut SPR mengadakan lebih banyak libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk parti politik pembangkan­g dalam menjayakan Undi 18 tersebut.

“Sebarang penangguha­n dalam proses ini pastinya akan menjejaska­n mood anak muda untuk turut sama terlibat dalam pemulihan sistem demokrasi dalam negara kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia