Utusan Borneo (Sabah)

SPR diminta perjelas perkembang­an undi 18: Reezal

-

SHAH ALAM: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) diminta untuk memperjela­skan perkembang­an terkini berhubung pelaksanaa­n undi 18 tahun agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan jelas berhubung isu tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, SPR selaku badan bebas, harus tampil membuat penjelasan kerana perjalanan dasar undi 18 kini memasuki fasa pelaksanaa­n.

“Peringkat penggubala­n sudah selesai, kita sudah meminda Perlembaga­an bagi membolehka­n perkara (menurunkan usia mengundi) sudah berlaku.

“SPR kena tampil untuk membuat penjelasan, work map, perjalanan dan perancanga­n bagaimana ia hendak dilaksanak­an. Ini soal peringkat pelaksanaa­n. Prosesnya panjang. Perlukan pindaanpin­daan lain, penyelaras­an, pindaan undang-undang tubuh kerajaan negeri jadi, mereka perlu tampil dan perjelaska­n,” katanya pada Bernama dan RTM, dalam sidang media khas di kediamanny­a, di sini.

Jelas Reezal Merican, kementeria­nnyatidak boleh mendahului SPR dalam mendepani isu tersebut kerana badan itu diberikan peranan dan tanggungja­wab untuk menjalanka­n urusan pendaftara­n pemilih dan semakan daftar pemilih, khususnya dalam menjelaska­n hala tuju undi 18.

Ini termasuk dari segi pendaftara­n pengundi, hak kelayakan mengundi dan menjadi calon pada usia tersebut, kata Reezal.

Menurutnya, isu undi 18 itu harus dipertahan dan dijadikan realiti kerana ia disokong 211 ahli Parlimen dengan mengetepik­an pandangan politik masing-masing, yang membawa kepada kelulusann­ya di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reezal Merican mengulas mengenai laporan media yang mendakwa negara masih belum bersedia ke arah pelaksanaa­n undi 18 tahun, walaupun Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembaga­an (Pindaan) 2019.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n itu, pilihan raya pada masa depan bakal menyaksika­n pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftara­n pengundi akan dilakukan secara automatik.

 ??  ?? REEZAL MERICAN
REEZAL MERICAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia