Utusan Borneo (Sabah)

Hadiah ulang tahun kelahiran Sampaoli

Marseille menang selesa 3-1 menentang Brest pada hari jadi ke-61 jurulatih pasukan

-

PARIS: Florian Thauvin dan Michael Cuisance menjaringk­an gol lewat ketika Marseille menewaskan Brest 3-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis pada Sabtu dan ketika jurulatih Jorge Sampaoli meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-61 dengan kemenangan kedua berturut-turut sejak dilantik sebagai jurulatih Marseille.

“Ia satu kejayaan yang tidak mempunyai banyak taktik berbanding tenaga,” kata Sampaoli selepas menjadi jurulatih pertama Marseille yang memenangi dua perlawanan liga yang pertama sejak Elie Baup pada Ogos 2012.

“Ia satu kemenangan dimenangi dengan tenaga, dengan kesungguha­n,” kata jurulatih dari Argentina itu.

“Ia membolehka­n kami untuk bermain dengan lebih tenang. Kami melihat kumpulan pemain yang bersatu, yang gembira dengan kemenangan. Sekarang kami harus mula meningkatk­an permainan kami.”

Arkadiusz Milik berganding­an cantik dengan Dimitri Payet untuk membuka jaringan di Stadium Velodrome sebelum rehat tetapi tandukan Lilian Brassier membolehka­n Brest mengikat kedudukan ketika berbaki 20 minit permainan.

Thauvin menyempurn­a hantaran Luis Henrique untuk meletakkan Marseille kembali di hadapan pada minit ke-88 sebelum Cuisance, masuk dari bangku simpanan untuk melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

“Gol Thauvin penting,” kata Sampaoli. “Beliau datang ke arah saya untuk mengucapka­n selamat hari lahir.”

Kemenangan membolehka­n Marseille naik ke tangga kelima liga, yang merupakan slot kelayakan ke Liga Europa musim hadapan.

“Tugas jurulatih ialah menerapkan satu idea,” kata Sampaoli. “Akan ada keputusan berbeza dan ia adalah apabila kita melihat tahap pasukan dan jika ia boleh sama bersatu dalam projek yang sama.”

Payet berkata pendekatan Sampaoli mengubah sesuatu.

Ia satu kemenangan dimenangi dengan tenaga, dengan ” kesungguha­n. Jorge Sampaoli Jurulatih Marseille

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN: Arkadiusz Milik (dua kanan) meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Brest di Stadium Velodrome di Marseille.
— Gambar AFP RAIKAN: Arkadiusz Milik (dua kanan) meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Brest di Stadium Velodrome di Marseille.
 ?? — Gambar AFP ?? GENBIRA: Sampaoli (kanan) meraikan jaringan anak buahnya pada perlawanan itu.
— Gambar AFP GENBIRA: Sampaoli (kanan) meraikan jaringan anak buahnya pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia