Utusan Borneo (Sabah)

Basilashvi­li memenangi Kejohanan Terbuka Qatar

-

DOHA: Nikoloz Basilashvi­li dari Georgia, pemain yang menewaskan Roger Federer di suku akhir, menewaskan Roberto Bautista Agut dari Sepanyol 7-6(7/5) dan 6-2 untuk memenangi kejuaraan Terbuka Qatar di Doha pada Sabtu, sekali gus memenangi kejuaraan yang keempat dalam kerjayanya.

Pertemuan di negara Teluk dalam cuaca yang panas, berangin dengan debu padang pasir memberikan cabaran besar kepada kedua-dua pemain tetapi Basilashvi­li, pemain ranking ke-42 dunia, lebih bijak menyesuaik­an permainan untuk memenangi set pertama dengan permainan tiebreak.

Basilashvi­li, yang tiba pada kejohanan ini dengan rekod 2-13 sejak sukan tenis disambung semula pada bulan Ogos, menguasai sepenuhnya juara 2019 kejohanan itu pada set kedua.

Beliau menamatkan saingan dalam masa 90 minit.

“Saya mempunyai sifar jangkaan untuk memenangi kejohanan,” kata Basilashvi­li, 29.

“Ia adalah keadaan yang sukar hari ini dan keputusan boleh memihak kepada mana-mana pemain.”

Kejohanan kali ini lebih diingati dengan kepulangan Federer ke sukan tenis selepas 13 bulan berehat berikutan dengan dua pembedahan lutut, dan kemenangan ke atas Dan Evans sebelum tewas kepada b Basilashvi­li.

Federer, yang menarik diri dari kejohanan Dubai minggu ini, sekarang memberikan perhatian kepada kejohanan Grand Slam Wimbledon, di mana beliau sudah menang lapan kali.

Pada Sabtu, angin bertiup dari kiri ke kanan pada awal permainan, dengan pukulan servis Bautista Agut menerima kesan.

Ada pukulan beliau yang kebiasaann­ya akan masuk dalam gelanggang tetapi terkeluar kerana angin.

Qatar meneruskan kejohanan sukan seperti Terbuka Qatar dengan membenarka­n kehadiran 20 peratus kapasiti untuk penonton, walaupun peningkata­n kes COVID-19.

Penonton diwajibkan menjalani protokol kesihatan ketat ketika hadir seperti pemeriksaa­n aplikasi pengesahan, pemeriksaa­n suhu dan memakai pelitup muka sepanjang masa.

 ??  ?? BASILASHVI­LI
BASILASHVI­LI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia