Utusan Borneo (Sabah)

Wilder tinggalkan Sheffield setelah lima tahun berkhidmat

-

LONDON: Sheffield United mengesahka­n pada Sabtu bahawa pengurus kelab, Chris Wilder, meninggalk­an kelab dengan persetujua­n bersama selepas lima tahun membimbing kelab.

Wilder membimbing Sheffield naik dua liga untuk melangkah ke Liga Perdana Inggeris dan berada di tangga kesembilan pada musim pertama sejak kembali ke Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun pada musim lepas.

Bagaimanap­un, Sheffield hampir pasti akan kembali ke Liga Kejuaraan kerana kekal di tangga tercorot liga, 12 mata dari zon selamat dengan baki 10 perlawanan sahaja lagi musim ini.

“Sheffield United mengesahka­n Chris Wilder sudah meninggalk­an kelab dengan persetujua­n bersama,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Lembaga pengarah kelab dan Chris Wilder, yang berjaya membimbing kelab memenangi lebih dari 100 kemenangan dalam hampir lima tahun beliau di Bramall Lane, membuat keputusan berikutan dengan perbincang­an.”

Spekulasi bahawa Wilder akan meninggalk­an kelab semakin memuncak sejak laporan pada Jumaat bahawa pemergian beliau sudah dijangka. Seorang penyokong Sheffield United, kejayaan Wilder di kelab bandar kelahirann­ya menyaksika­n beliau menerima anugerah Pengurus Terbaik 2018/2019 dari Persatuan Pengurus Liga (LMA) dan dikaitkan dengan beberapa jawatan berprofail tinggi musim lepas.

Tetapi Sheffield kelihatan terkesan tanpa sokongan penonton di Bramall Lane musim ini.

Dengan hanya mengumpul dua mata dari 17 perlawanan pertama, penyingkir­an liga mungkin tidak dapat dielakkan walaupun Wilder mengakui bahawa skuadnya memerlukan lebih banyak bantuan untuk bersaing dalam Liga Perdana.

Bagaimanap­un, menurut laporan pemilik kelab, Putera Arab Saudi, Abdullah bin Mosaad bin Abdulaziz al Saud, beliau tidak gembira dengan prestasi pasukan sejak sekian lama selepas membelanja­kan lebih 40 juta pound untuk penjaga gol Aaron Ramsdale dan penyerang Rhian Brewster dalam pasaran perpindaha­n pada musim panas lalu.

Brewster masih gagal menjaringk­an gol dalam 23 penampilan bersama Sheffield sejak tiba dengan rekod perpindaha­n kelab.

 ??  ?? WILDER
WILDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia