Utusan Borneo (Sabah)

Bung yakin Sabah FC mampu bangkit

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin pasukan Sabah FC boleh memperbaik­i kelemahan untuk menjadi pasukan lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh dipersalah­kan dengan kekalahan tipis 0-1 Sabah FC kepada pasukan pelawat PJ City FC di halaman sendiri, di Stadium Likas malam kelmarin.

"Sayapun ada mengikuti perlawanan dengan PJ City FC itu namun saya tidak menyalahka­n mana-mana pihak," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pemain-pemain import yang diturunkan dalam perlawanan itu hanya berpeluang menjalani latihan sehari bersama pasukan dan masa yang singkat itu menyukarka­n mereka melakukan penyesuaia­n.

Menurutnya, walaupun mereka tiba empat hari lepas tetapi mereka hanya dapat berlatih sehari dan terpaksa menghadapi perlawanan.

"Pasukan kita juga baharu menjalani latihan disebabkan kekangan wabak COVID-19 berbanding pasukan-pasukan lain yang berlatih sejak tahun lalu.

"Keadaan ini yang kita hadapi tetapi saya yakin pasukan akan dapat melakukan penyesuaia­n dalam dua atau tiga lagi perlawanan untuk membentuk persefaham­an dalam pasukan," katanya.

Bung meminta semua pemain Sabah FC terus berkerja keras memperting­katkan prestasi dan persefaham­an bagi menjadikan pasukan lebih baik selepas ini.

Sabah FC ketika ini mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan Melaka United FC setelah menghadapi tiga perlawanan.

Sabah FC akan meneruskan cabaran menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 16 Mac ini sebelum kembali bertarung semula di gelanggang sendiri di Stadium Likas pada 21 Mac.

 ??  ?? TURUN PADANG: Bung (depan, dua dari kanan) diiringi Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat (kanan), penolongny­a, Azman Mastar dan Setiausaha Esekutif SAFA David Wisom menyaksika­n pasukan Sabah FC menjalani latihan di Stadium Likas.
TURUN PADANG: Bung (depan, dua dari kanan) diiringi Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat (kanan), penolongny­a, Azman Mastar dan Setiausaha Esekutif SAFA David Wisom menyaksika­n pasukan Sabah FC menjalani latihan di Stadium Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia