Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN AMBIL MUDAH PENGINAPAN PEKERJA

Peringatan Isnin kepada semua majikan di negeri ini

- Oleh Siti Aisyah Narudin

Semua majikan di negeri ini terutama pengusaha kilang diingatkan supaya tidak mengambil mudah hal berkaitan penginapan pekerja terutama bagi pekerja tempatan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih berkata, pihak majikan sepatutnya menjaga kebajikan pekerja dengan menyediaka­n penginapan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, hasil tinjauan di kawasan penginapan pekerja kilang mendapati kebanyakan majikan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya.

“Kita tidak mahu berlaku penganiaya­an dalam kalangan pekerja terutama yang melibatkan warga tempatan.

“Saya minta pengusaha atau pengilang supaya jangan ambil mudah, datang ke Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk memohon perakuan penginapan untuk pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Operasi Bersepadu Pemeriksaa­n Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja di bawah Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 di sini semalam.

Operasi terbabit turut melibatkan beberapa jabatan dan agensi termasuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK), DBKK, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, hasil operasi yang dijalankan sejak 2 Mac lepas, belum ada majikan yang tampil membuat permohonan.

Isnin berkata, pemeriksaa­n di kilangkila­ng berkenaan bagi memastikan tindakan untuk membendung penularan wabak COVID-19 dipatuhi semua majikan.

Pihaknya turut mendapati beberapa majikan tidak mempedulik­an keadaan penginapan pekerja.

“Ada yang menempatka­n pekerja mereka dalam kawasan kilang. Sebenarnya mereka tidak boleh letak penginapan pekerja dalam kilang, sepatutnya di luar kilang.

“Kita beri amaran dan bagi tempoh selama 14 hari untuk pihak majikan mengambil tindakan segera sebelum dikenakan denda,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya menyerahka­n kepada DBKK untuk mengambil tindakan dan mengkaji sama ada perlu dirobohkan atau dipindahka­n penginapan pekerja di dalam kilang.

 ??  ?? PERIKSA: Isnin (kiri) bersama Pengarah JTK Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa (tengah) membuat pemeriksaa­n di salah sebuah lokasi penginapan pekerja kilang.
PERIKSA: Isnin (kiri) bersama Pengarah JTK Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa (tengah) membuat pemeriksaa­n di salah sebuah lokasi penginapan pekerja kilang.
 ??  ?? PEKERJA: Pegawai imigresen melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) terhadap pekerja asing semasa operasi berkenaan.
PEKERJA: Pegawai imigresen melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) terhadap pekerja asing semasa operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia