Utusan Borneo (Sabah)

Rokok, minuman keras bernilai hampir RM700,000 dirampas

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan berjaya merampas rokok seludup dan minuman keras bernilai hampir RM700,000 di Kampung Singah Mata, Tongod, malam kelmarin.

Pegawai Memerintah Batalion 15 PGA Sandakan Superinten­dan Toipi Lamat berkata, pihaknya telah merampas 4,560 pek rokok seludup pelbagai jenama dan 499 karton minuman keras.

“Pasukan Gerakan Am Batalion 15 Sandakan telah membuat serbuan di Kampung Singah Mata, Tongod, kelmarin, sekitar jam 8.10 malam,” katanya.

Beliau berkata, anggaran barangan dirampas dipercayai seludup dianggarka­n bernilai

RM693,108.

Toipi berkata, sebelum serbuan, pihaknya menerima hasil risikan dan kemudian sepasukan anggota Tiger Platun dihantar ke lokasi berkenaan untuk melakukan serbuan dan pemeriksaa­n.

“Sejurus di lokasi anggota bertugas berjaya menemui tiga buah lori kargo di kawasan berkenaan.

“Difahamkan, ada kegiatan stor transit barang tidak bercukai di lokasi itu,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut pada bahagian belakang ke atas sebuah lori kargo berjaya penemuan kotak coklat berisi rokok seludup sebanyak 4,560 pek.

“Berikutan penemuan itu, anggota bertugas turut memeriksa sebuah stor di bawah sebuah rumah di kawasan berkenaan dan menjumpai 499 karton minuman keras,” katanya.

Toipi berkata, hasil siasatan awal mendapati stor berkenaan dijadikan tempat transit barangan seludup yang dibawa dipercayai dibawa dari Kota Kinabalu.

“Manakala rokok seludup dan minuman keras ini dipercayai untuk dihantar dan dipasarkan di daerah sekitar seperti Sandakan dan Beluran,” katanya.

Beliau berkata, semua barangan seludup kemudian dirampas dan siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kastam 1967.

Toipi turut merakam ucapan terima kasih kepada anggota yang berjaya melakukan operasi berkenaan.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota PGA memeriksa barang-barang yang dirampas.
PERIKSA: Anggota PGA memeriksa barang-barang yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia